Wednesday, 31 December 2014

mana yang baik?

kalau dengan hidup miskin,
kita lebih dekat pada Allah,
maka teruslah miskin

tapi kalau hidup miskin buat kita kufur nikmat
dan terus mengeluh;
maka jadilah kaya

kalau dengan hidup kaya
buat kita angkuh dan lupa pada asalnya;
maka jadilah miskin

tapi kalau hidup kaya
dapat buat kita terus berjuang dan berbakti di jalan Allah
maka teruskanlah kaya





Allahu3alam

Tuesday, 30 December 2014

Review Novel: Nyanyian Hati

Assalamualaikum

tak nak nak intro banyak-banyak. Now, let's move to the 2nd review. Nyanyian Hati, kisah ni lagi sedih dari kisah Cooper-K. haa, btw, kisah ni pasal abang Mia, si Is tu dengan kak Ain. kisah before diorang kawin, macam mana kenal to each other.

google

pada awalnya laa, si Ain ni kawan dengan Danny. diorang tak macam declare, tapi diorang mmg suka sama suka laa. sepanjang diorang kenal tu, si Ain ni kenal laa kawan Danny yang lain, macam Iskandar yang juga abang angkat Danny, dan Alif. Danny and the gang selalu je jamming kat studio Alif ada laa juga produce lagu. dan ada satu lagu Danny minta Ain tolong buat liriknya. 
"Ashes of Life". terer kak Rodie siap boleh buat lagu tu..

Tapi, ada satu peristiwa yang sangat sedih dalam novel ni. Kalau baca memang rasa... tak tau nak explain macam mana. over pulak. Consequence dari peristiwa tu, end up, si Ain tu dengan si Is ni. Alaa, nak buat suspens pulak kan? sebenarnya Danny accident and dead. :'( 
this part was so sad. Danny should live happily ever after with Ain. tapi betul lah, bukan semua perkara tu akan dapat macam yang kita nak kan? 

okay, macam mana Is boleh kahwin dengan Ain? haa, tu kenalah baca. Tapi, tu semua sebab janji Danny dengan Is sebelum Danny meninggal. Sebab sebenarnya, Danny dah perasan lama yang si Is ni dah suka dengan Ain. So, bila diorang kahwin, macam biasa kehidupan diorang, tapi macam housemate laa. But, still, they were like a bestfriend. Care to each other. Tapi ada satu kes yg buat Ain tau pasal janji Danny dengan Is. nak tau?? bacalah

tapi ending dia, macam biasa. happily ever after..hehehe
whatever it is, i like the storyline so much
saya bagi 4 bintang dari 5, heh, konon je kan
go try to read it. ok, sampai sini je
Assalamualaikum :)



#doabuatmangsabanjir #doauntuksemuaumatIslam #doauntukpantaitimur



Saturday, 20 December 2014

InsyaAllah

Bismillah and Assalamualaikum

sebab harini dah mood cuti study week dan mood ada kat kampung. kite pulun blog kite..mihmihmih
insyaAllah. hari ni nak cerita sikit tentang kisah insyaAllah
selalu kite dengar orang duk sebut insyaAllah itu ini. sebab semua perkara atas izin Allah

yalah, maksud insyaAllah kan, atas izin Allah
kalau nak tau kisah disebalik insyaAllah, try buka al-Kahfi, sentiasa amalkan pada hari jumaat ye ^_^

haa.. buka balik surah al-Kahfi, ayat 23 dan 24 ye..

"dan janganlah engkau sekali-kali mengatakan terhadap sesuatu,"Aku pasti melakukan itu besok pagi" [23]

"kecuali (dengan mengatakan). "insyaAllah. dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini." [24]


kisah ni berlaku bila ada riwayat mengatakan, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu beliau menjawab, datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. dan beliau tidak mengucapkan insyaAllah (ertinya jika Allah menghendaki). tapi rupanya sampai besok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat-ayat di atas, sebagai pengajaran kepada Nabi; 
Allah mengingatkan pula bagaimana Nabi lupa menyebut insyaAllah haruslah segera menyebutnya kemudian. 

so cerita kat atas , saya copy paste dari terjemahan Quran, tak ubah sikit. 
so kita tengok, betapa pentingnya kalimah insyAllah tu, betapa setiap perkara berlaku, atas izin Allah
tapi, jangan kita main-mainkan pula kalimah itu. kalimah insyaAllah tu buat kita sedar yang kita hanya boleh merancang, tapi yang menentukan semua ialah Allah yang Esa.

so ni je yang nak share-share. moga dapat jumpa lagi insyaAllah


Allahu3alam





Friday, 12 December 2014

Review Novel: Cooper-K

Bismillah and Assalamualaikum

okey, hari ni nak review novel dari kak RodieR kita..cehh, suka-suka je ngaku kakak kan..hihihi. okey, saya dah baca dua novel melayu kak Rodie iaitu Cooper-K & Nyanyian Hati dan memang novel kak Rodie superb and catchy. dia punya ayat tu best kot. ade ala-ala hlovate gitu. ala-ala laa.. sebab kak Rodie sendiri have her own specialty. haa.. kak Rodie ni pharmacist tau..terer tak ?? hebat kan? kak Rodie punye heroin novel pun pharmacist. nampak tak kaitan dia >_< ha..ni nak review novel Cooper-K first sebab baca novel ni dulu

google


novel ni kira macam ada kaitan dengan first novel kak Rodie. novel ni mengisahkan dua orang teman. Muhammad Khairul Fairuz iaitu Cooper dan Amilia Aisha iaitu Mia. macam mana boleh nama Cooper tu, silalah baca :P . novel ni memang antara novel yang memang saya nak suggest untuk semua orang baca. best woo!! tak cliche.. 

ok, awal cerita die, Cooper dengan Mia hanya berkawan untuk study je, tapi dah lama berkawan, mana nak tahan hati tu. haa, sebab tu bahaya berkawan baik dengan lain jantina ni..hih. jaga jaga ikhtilat tu.. tapi takpelah, novel je..

yang nak cerita ni, time diorang berkawan, but before that, sepanjang diorang berkawan, diorang contact through emel tau..memang time baca tu..boleh dikatakan, semua gadis nak jadi Mia lah.. Cooper best kot.. banyak nasihat dia bagi kat Mia biar boleh berubah sikit perangai tu. contoh, previously, Mia ni kuat juga mencarut. so Cooper cari alternatif, cari maksud untuk setiap carutan yang Mia selalu sebut. then, Cooper suruh gantikan carutan tu dengan memuji Allah. gantilah dengan Astaghfirullah, Allahuakbar dan yang lain.suruh Mia pakai baju kurung. haa..bagus tak? hihi..
tapi, memang novel banyak terselit nasihat dan pengajaran. kes friendzone pun ada tau.. sebab si Cooper ni confess dulu kat Mia, tapi Mia tak sudi. sampai lah keluar kes lain, Cooper tu accident then, amnesia si Cooper tu.

nak dijadikan cerita, si Mia ni langsung tak tau pasal Cooper amnesia sampai lah habis zaman belajar dan bekerja. Lepas 5 tahun tak silap, elok duk kat Hospital KT tu Mia jumpa dengan Cooper yang time tu HO. dah Cooper tu amnesia, mana nak ingat si Mia tu. Mia pulak, boleh duk ingat yang Cooper tu buat tak kenal si Mia ni sebab Mia tu reject si Cooper ni laa..sian jugak la si Mia ni. tapi apa yang menariknya, parents Mia ni kawan dengan parents Cooper, diorang suruh kawin. before diorang kawin tu, ada laa kisah dia. tapi diorang kawin bila Cooper still amnesia. sadis sungguh. tapi, at last Cooper back to normal laa. tapi yang tu kenalah baca. so go to the nearest bookstore and buy it or just ask ur friend whether she have the novel or not?? can save your money ok..hikss


ok, sampai sini saja, insyaAllah, jumpa lagi

Assalamualaikum :)




dulu dan sekarang

Assalamualaikum semua

Moga semua sihat iman dan fizikal hendaknya, Amin  ^_^
dulu dan sekarang~~ kalau tengok, banyak sangat perkara yang dulu takde benda ni semua, tapi sekarang ia kira dah macam jadi trend. Especially pada golongan Melayu ni laa. Sebab sekarang ni, orang Melayu yakni beragama Islam majoritinya suka dan cepat sangat terpengaruh dengan perkara-perkara macam ni.

Ni semua kira pendapat saya ja. Takda refer mana-mana sources pun. Tu pun sebab selalu tengok kat social media segala. So sebab tu laa taunya..

Dulu, kalau bertunang, semua senyap je, even yang perempuan pun senyap je. Yang tau pun biasanya keluarga je. Majlis bertunang dulu pun simple je, cukup setakat family lelaki bawa hajat, bawak hadiah sikit, sarung cincin, makan. Siap

Sekarang. bukan nak katalah, kalau merisik saja pun dah heboh kat semua. Bertunang sekarang jangan cakaplah. Dah macam majlis kahwin, kalau tak tau, mesti ingat tu majlis akad nikah. Yalah, dengan pelamin bagai, lelaki pun pakai sedondon dengan si perempuan. Lepas tu duk post kat media sosial semua. So semua dah tau laa.

Ni bukan cakap hal jeles ke apa.. ni sebab perkara ni kira dah macam jadi keperluan. Bila tak buat pula, mesti dipertikai. So sebab tu kena baiki balik mentaliti orang Melayu ni. Bertunang cukup la sekadar macam yang orang dulu buat. Buat majlis besar-besar pun buat apa nak membazir semua ni. Nak tunjuk kat sapa? Bimbang macam ni laa, takut terkeluar pulak rasa nak menunjuk, Islam pun menyuruh bertunang tu disembunyikan, berkahwin dihebohkan. Dah elok dah semua, supaya aib dapat dijaga. Yalah, kita tak tau, hubungan pertunangan tu berakhir dengan akad nikah ke tak. Kalau lelaki tak apalah. Kalau pihak perempuan, malu tu mesti ada. So, dah cantik dah tu ajaran Islam. Biar aib dapat dijaga. Tapi, orang Melayu kita ni duk ikut apa yang selalu orang kita buat. Apa yang Islam ajar tak nak buat. Moga saya tak macam tu laa nanti insyaAllah :)

okaylah, untuk entry kali ni, kita buat part bertunang dulu, lepas ni kita buat part 2 pulak insyaAllah, untuk part berkahwin pulak ^_^ and so on. Nak sambung buat research pulak. till we meet again insyaAllah


Allahu3alam

Assalamualaikum





Tuesday, 9 December 2014

Aku Ingin

aku hanya manusia
manusia yang sudah diciptakan sempurna oleh Allah
setiap nikmat sudah dikurniakan
tapi aku jahil
tapi aku alpa
tapi aku tegar

tetap saja melakukan kemungkaran
aku sedar
aku tahu
aku pasti

tapi aku masih tetap lupa
rasa suka
rasa senang
rasa gembira

padahal apa yang dilakukan salah
kenapa aku masih begini
aku ingin berubah
aku ingin kembali
aku ingin abdi

sesungguhnya
kebenaran yang satu 
masih ku cari
masih ku usaha

untuk ku amalkan
bukan hanya dijadikan berlian

sungguh aku ingin
kembali ke jalan redhaMu
bantulah aku
bimbinglah aku
ajarilah aku
pesanlah aku

biar aku tidak lupa
kerana aku ingin