Monday, 22 April 2019

New Chapter: 2019

Assalamualaikum readers!!!!

Sejak dah tahun baru dan nak hampir Ramadhan ni. Saya nak share cerita terbaru dari saya lah.. dah blog saya.. biar kat ceq la 😆 asyik share cerita je kan? Takde input langsung. Eh biarlah 😆

Untuk tahun baru 2019 ni.. harap kehidupan semua readers berbahagia laa hendaknya dan setiap apa yang diimpikan dapat tercapai. 

Macam akak laa, akak nak dapat kerja yang lebih bagus dan hebat, tapi sampai sekarang tak dapat. Tapi kenalah usaha lagi. Toksah duk sedih-sedih laa.. macam satu lagi impian akak, akak nak kahwin, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin.. haa, yang ni taktau nak kabo macam mana dah 😆 rezeki jodoh takde lagi setakat ni. Nak kena dapat keja gomen dulu kot, baru mak-mak nak masuk minang 🤭🤭🤭

Dan dalam kehidupan kita, ingatlah yang setiap apa yang berlaku bukan atas kehendak kita, tapi semua atas kehendak Allah. Ada sebab kenapa apa yang kita impikan tak dapat kita capai. Sebab Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. 

Okay tu tu je nak share. Yang pasti terus kuat dan tabah. Allah sentiasa dengan kita 😊

Bye all 😁



*Gambar takde kaitan. Saja menceriakan suasana 😂
Hutan Pantai Mangkuk

Saja letak kenangan pi Bukit Keluang 😆