Tuesday, 17 August 2021

SEPI

Hi! Assalamualaikum kesayangan. 

(kalau ada lah kesayangan tu. huhu)

Selepas bertahun tak masuk laman kesukaan dulu. Jadi harini saja munculkan diri. Heee...


Macam tajuk post harini... pernah tak tiba-tiba rasa sepi? Nak bercerita tapi taktau nak luahkan pada siapa? Nak share kat socmed, nanti orang cop meroyan. AHAHAHAHAHA. 


Dulu saya ada Twitter nak meroyan ke apa.. ikut suka laa nak share apa-apa. Tapi buat masa sekarang deactivate buat sementara waktu. Nak share kat fb ramai yang tengok. Nak share kat story whatsapp pun rasa macam nanti tagih simpati. 


Jadi, harini, disinilah saya cuba meluahkan. Sebab saya tahu, mana ada orang baca blog dah sekarang. MUAHAHAHAHAHHAA. Takpelah.. bukan selalu. Jarang sekali. Nak update post pun susah. Kesian kat blog ni. Dulu time belajar rajin benarrrrrr. Sekarang dah nak masuk umur 30 ni makin malas. Bunyi macam dah tua sangat je. EKEKEKEKEKE. 


Okaylah. Tu je. Rasa bahagia sikit dapat bercerita. Nak cerita kat orang lain kan orang bosan. Cerita kat sini dapatlah luahkan sorang-sorang. Ringan sikit beban kat hati ni. Kalau tak nangis sendiri, menung sendiri. Moga semua kuat dan tabah semasa musim pandemik ni. Moga anda semua dipermudahkan semua urusan. Mana yang sedang mencari kerja, moga dipermudahkan untuk dapat kerja. InsyaAllah. 


Bye! 

Rindu pemandangan ni.