Thursday, 13 January 2022

GHOSTING ITU PERIT

Hi, 

Harini saja nak berkongsi rasa hati yang selalu aku pendam, diam, fikir dan sebagainya. Rasa hati yang sampai dapat panic attack. AHAHAHAHAHHA. Tapi tu lah perkara yang sebenarnya terjadi. 

Okay, back to story. Aku ni sebenarnya tak pernah bercinta. Tak pernah ada hubungan cinta dengan siapa-siapa pun. Nak dijadikan cerita, Disember 2020, aku ada kenal seorang lelaki ni secara online. Kenal dalam seminggu kot, aku nak stop dalam online site tu. So kitorang exchange contact number sebab mungkin nanti kami boleh kenal-kenal lagi. Dah exchange number, masing-masing diam je. Jadi aku dengan berani buat langkah pertama dengan saranan kawan aku, aku mulakan perbualan di Whatsapp. Aku pun tak terfikir aku boleh seberani tu. Biasa aku ni jenis segan gila. Tapi entah, sebab aku rasa aku selesa dengan dia kot, jadi aku cuba nak berkawan dengan dia. 

Maka dengan itu, bermulalah perkenalan kami dari perkenalan biasa berubah ke arah yang lebih serius dalam awal bulan Mei. Jujur aku cakap, dia lelaki yang baik. Jaga family dia, jaga ibu dia. Takde nak buat tak senonoh dengan aku. Takde nak cakap perkara yang tidak-tidak, yang lagha. Dia yang banyak plan untuk masa depan dia. Dia yang banyak fikir cara nak improve diri dia. Cara dia ambil berat pasal aku, cara dia pujuk aku kadang-kadang yang boleh buat orang geram balik. RINDU! Kalau ingat balik semua, rasa bahagia je. Aku dah terbayang masa depan aku dengan dia. Mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Mendoakan agar semua dipermudahkan dan dilancarkan. 

Pada Ogos 2021, dia disahkan dijangkiti Covid-19. Bila dapat tahu tu, risaulah kita kan. dah lah dia tu mudah sakit. Dapat pulak sakit covid. Taktau dia macam mana jaga diri kat sana (OVER!!). Dengan duduk berdua je dengan ibu dia. Risau jugak kalau ibu dia dijangkiti sama. Aku ni cubalah hantar apa-apa ubatan untuk dia (NI AKU BODOH! KAH!). Nak protect lagi diri dia. Biar dia kembali sihat. Taknak sakit dah sebab sepanjang dia sakit, kami dah jarang contact. Aku tak kisah sebab aku nak dia sihat je. Cuma aku tanya khabar je. Takde nak mesej nak call macam biasa. Tapi sejak dia sakit tu lah, memang hubungan kami makin jauh. Tapi aku tak kisah sebab aku anggap, nanti bila dia dah betul-betul sihat. Mesti dia okay balik. Walaupun aku tau sebab dia dah cakap yang dia nak lebih fokus lepasni (NAK FOKUS ADALAH REDFLAG UNTUK AKU SEKARANG YE!). Dia cuba nak improve kan lagi diri dia. Dia nak perbaiki apa yang patut sementara tempoh belum menikah ni. Ohh ya! Kitorang memang ada plan nak kahwin, nak jumpa lepas habis PKP. Tapi tu semua hanya rancangan. 

Tapi September 2021, tarikh dan bulan yang akan aku ingat sampai sekarang, tarikh birthday aku jugak, dimana pada saat itulah kali terakhir dia mesej aku. Ya! Last dia mesej aku. Aku pelik, sebab apa dia diam terus walaupun aku dah perasan masa awal bulan 9 tu dia macam banyak diam. Jadi lepas seminggu, aku mesej dia balik, kenapa dia macam itu ini, apa salah aku? Kalau nak break dulu, bagitau. Aku cuma nak explanation je. Taknak tergantung macam tu je. Masa tu aku taknak paksa dah dia cakap pasal kawin semua. Aku dah mengalah masa tu. Tapi masih dia berdiam diri. Jujur aku cakap, memang haritu aku baran. Sakit hati sebab dia buat aku macam tu. Dia online, tapi dia tak reply. Aku taktau dia kerja atau tidak. But at least cakap, kalau kerja, nanti reply. Jangan diam. Aku bukan paksa mintak jawapan serta merta. Malam tu baru dia reply, yang dia cakap dia kerja lagi. Okay takpe, aku tunggu esok. 

Esok dia masih diam. Aku tanya lagi. Bila aku akan dapat explanation? Tapi yang dia reply cuma; nanti call bila ready. Masa ni jujur jugak aku cakap, sabar aku menipis jugak, tapi aku tanya dalam keadaan sindir bila yang akan dia ready tu? dan jawapan dia: tetap diam! Sampailah pada akhir awal bulan November tak silap aku. Aku cuba mesej dia lagi. Aku masih perlukan penjelasan dan aku bagi kata putus bahawa sampai tarikh pada Disember, jika dia masih diam, aku anggap semua ni berakhir. 

Dannnnnn, sampailah sekarang, dia masih diam. Aku tau dia dah tak suka kat aku. Dia dah benci aku. Dia tak berharap kat aku. Dia dah buang aku dari hidup dia. Dia dah padam aku dari rancangan hidup dia. Ohh ya! Kira sekarang hubungan kami dah berakhir la. 

Tapi aku bodoh. Sebab aku masih sayang pada dia. Sebab aku masih berharap pada dia. Sebab aku masih suka pada dia. Sebab aku masih letak dia dalam rancangan hidup aku. Sebab aku masih mendoakan untuk kebaikan kami. Sebab tu aku cakap aku ni bodoh. Masih berharap pada orang yang dah tak ingin :') 

Tapi aku okay walaupun sebenarnya tidak. But at least aku dapat belajar dari semua ni. Dapat tau macam ni rupanya perhubungan. Dapat kenal semua manusia. 

Dan buat awak, 

terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. 
terima kasih sebab cakna pasal saya
terima kasih sebab tak lokek dengan saya 
terima kasih sebab bagi masa dan perhatian awak untuk saya
terima kasih sebab bagi peluang pada saya untuk kenal ibu awak
terima kasih sebab awak cuba untuk kenal saya 
terima kasih sebab awak sentiasa ada 
terima kasih untuk segalanya

dan saya 

masih ada rasa untuk awak
masih ada sayang untuk awak 
masih ada cinta untuk awak
masih berharap pada awak 
masih berharap ada peluang lain
(UPDATE: OHH AKU BODOH LAGI! SEMUA DAH TAKDE RASA! AKU DAH MOVE ON. SEMUA RASA DAH HILANG) 

untuk setakat ini. 

Saya cuba untuk berkenalan dengan orang lain, tapi saya bandingkan dengan awak. Orang lain tak macam awak. Macam mana saya nak padamkan awak dalam hidup saya, dalam fikiran saya. SUSAH! Saya tau awak dah tak suka saya, saya akan cuba sebaiknya untuk lupakan awak. Sebab saya taknak dibenci lagi. Cukuplah benci tu sikit je. Taknak banyak-banyak. AHHAHAHAHAHAHA. 
(UPDATE: BODOH JUGAK BILA AKU SEMPITKAN PANDANGAN AKU UNTUK DIA JE. SEBAB AKAN ADA LAGI YANG TERBAIK DARI DIA. DIA BUKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU AND HE DONT DESERVES ME. AHAHAHAHAHAHA. BTW, DIA DAH SELAMAT KAHWIN DAH DISEMBER 2022 LEPAS. SO YEAHHH. DOAKAN AKU JUMPA CALON SUAMI YANG BAIK)

Okaylah, tu je coretan kali ini. 

BYE! 

Assalamualaikum.