Thursday, 21 March 2013

jangan terlalu cepat..!!


Assalamualaikum..


ok, tak nak panjang2, cuma nak kongsi dan pesan pada setiap muslim yang, kita sebagai manusia ni jangan terlalu cepat nak mengata dan mengeji seseorang tu tanpa memikirkan perasaan orang lain..apa yang dirisaukan ialah, cara mengata tu kononnya dalam bentuk nasihat tapi sebenarnya adalah tujuan nak mengata individu lain..dan tanpa sedar, individu itu dah berkecil hati dengan apa yang diucapkan..

sebagai manusia, janganlah terus judge seseorang tu tanpa tahu asal usul yang sebenarnya..
tapi apa yang ditakutkan tu bila, perkara yang dikeji tu berbalik semula pada individu yang mengata pada awalnya..
saya dah banyak jumpe perkara macam ni..kira macam karma laa kan? ke tidak..
tapi yang pasti, kita sebagai muslim ni janganlah terlalu mudah mengata, mengeji dan mengumpat manusia lain..tapi tu laa, nama pun manusia kan?memang tak boleh lari dari berbuat salah. begitu juga saya.. 

jadi, marilah kita sama2 berusaha untuk mengubah cara hidup kita, percakapan dan pergaulan dalam usaha untuk menjadi muslim yang terbaik..plus,ini juga adalah peringatan untuk diri saya yang hina ini.. 

INSYA'ALLAH...AMIN..

so itu je untuk hari ni, moga jumpe lagi..konon laa..hehehe
Assalamualaikum..


p/s jangan lupa zikir hari ni, dah kira jumaat ni "Ya Allah..Ya Allah"

Wednesday, 20 March 2013

Bagaimana dengan perempuan tu?

Assalamualaikum...


Ok, dah lama nak tanya dan luahkan pasal ni..
kita semua tau yang jodoh, rezeki, ajal, pertemuan semua di tangan Allah, jadi kita memang tak boleh nak nafikan dan sombong dengan apa yang dah Allah tetapkan tu

Bercakap hal jodoh, seperti yang dah termaktub dalam al-Quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat..tapi apa yang saya runsingkan..kalau perempuan yang baik dari segi akhlak dan pekertinya, sudah pasti menjadi rebutan para jejaka..itu sudah pasti.

Tapi, macam mana pulak dengan gadis dan wanita yang boleh dikatakan rosak akhlaknya? bagaimana dengan nasib mereka? siapa yang akan membimbing mereka? tak kan mereka hendak terus menerus hidup dalam keadaan berdosa, jika tiada bimbingan dari seorang lelaki yang baik yang sudi menerima dia sebagai isteri? mungkin dengan sifat dan perangai mereka membuatkan mereka sukar untuk dijadikan pilihan sebagai seorang isteri oleh seorang lelaki yang baik..tapi tak hairanlah sebab itu juga atas salah mereka, tapi, kenapa gadis dan wanita seperti ini tidak diberikan peluang?mereka juga ingin berubah, tapi, biasalah, manusia, bila nak berubah pasti dicemuh, "kenapa berubah?" kan lebih bagus kalau bertanya "bagaimana berubah?"
Jangan laa kita ni sekali-kali mempertikaikan perubahan seseorang ke arah kebaikan tidak kiralah siapa manusia tersebut.

Tapi pendapat ini tidak bermaksud saya menyokong dengan sifat2 dan perangai2 gadis dan wanita yang boleh dikatakan rosak akhlaknya..mereka hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubah nasib diri mereka daripada hidup terus menerus dalam keadaan yang tidak tenteram dan bergelumang dengan dosa. Hal ini kerana, Allah telah berfirman, bahawa nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kalau kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Ini cuma ape yang saya rasakan, tidak berniat untuk menafikan apa yang sudah ditetapkan, dan mengguris mana2 pihak. yang pasti, hal ini masih membingungkan saya. Dan saya juga bukanlah seorang gadis yang baik yang boleh mengadili seseorang itu, malah saya juga masih berusaha untuk menjadi muslimah yang terbaik yang boleh menjadi kebanggaan kedua ibu bapa saya dan juga agama saya.

Tapi, apa yang penting, setiap muslim itu hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang sejati dan patuh terhadap perintah dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tapi yang pasti, perkara ini sering bermain dalam fikiran saya dan terus menjadi tanda tanya..

Ok, sampai sini saja entry blog kali ni..so before that, saya nak minta maaf jika entry blog saya ni membuatkan sesuatu pihak itu berasa marah dan tersinggung dengan apa yang diluahkan..sekali lagi saya banyak2 minta maaf..


Ta'ruf sesebuah pertemuan



Assalamualaikum..
Sebenarnya saya baru dalam dunia blog2 ni..ye laa..first entry ni..sebelum ni cume baca blog maria elena, fatin liyana, dena bahrin dgn irene nadia. Tengok cara die menulis dalam blog ni mcm best je..so, today adalah harinya, i've made my first entry..yeayy..Alhamdulillah..

Padahal saya ni bukannye kreatif pun,bijak mengarang pun tak , xde bakat menulis pun..tapi tangan ni gatal jugak nk buat blog..entah kenape laa nak buat blog ni. Tapi takpe laa..sedang dalam percubaan, insyaAllah. 
OK, dah melalut, sebenarnya saya buat blog ni untuk share pendapat, cerita ke, experience maybe..? Itu je, tak lebih..ok ;) tapi ape yang penting, kalau diizinkan, saya nak jadikan blog saya ni sebagai medium dakwah. Walhal saya sendiri bukannya arif hal2 agama ni semua, tapi boleh dikatakan juga sebagai sesi menuntut ilmu sebab saya juga pasti akan merujuk dahulu dari reliable sources sebelum nak post entry blog ni kan?so kira sesi pembelajaran jugak laa tu.. 

So, saya sangat2 berharap agar blog ni tidaklah menyinggung mana-mana pihak..ecece..macam laa dah post macam2..over je lebih..ok, kat sini saja laa saya type..i've no idea at all, lagipun, saya memang plan nak buat blog ni pendek2 je..tak suke panjang2.. ok

Sampai berjumpa lagi..jgn lupe,zikir hari ni "ASTAGHFIRULLAH"

Assalamualaikum :)