Assalamualaikum..
ok, tak nak panjang2, cuma nak kongsi dan pesan pada setiap muslim yang, kita sebagai manusia ni jangan terlalu cepat nak mengata dan mengeji seseorang tu tanpa memikirkan perasaan orang lain..apa yang dirisaukan ialah, cara mengata tu kononnya dalam bentuk nasihat tapi sebenarnya adalah tujuan nak mengata individu lain..dan tanpa sedar, individu itu dah berkecil hati dengan apa yang diucapkan..
sebagai manusia, janganlah terus judge seseorang tu tanpa tahu asal usul yang sebenarnya..
tapi apa yang ditakutkan tu bila, perkara yang dikeji tu berbalik semula pada individu yang mengata pada awalnya..
saya dah banyak jumpe perkara macam ni..kira macam karma laa kan? ke tidak..
tapi yang pasti, kita sebagai muslim ni janganlah terlalu mudah mengata, mengeji dan mengumpat manusia lain..tapi tu laa, nama pun manusia kan?memang tak boleh lari dari berbuat salah. begitu juga saya..
jadi, marilah kita sama2 berusaha untuk mengubah cara hidup kita, percakapan dan pergaulan dalam usaha untuk menjadi muslim yang terbaik..plus,ini juga adalah peringatan untuk diri saya yang hina ini..
INSYA'ALLAH...AMIN..
so itu je untuk hari ni, moga jumpe lagi..konon laa..hehehe
Assalamualaikum..
p/s jangan lupa zikir hari ni, dah kira jumaat ni "Ya Allah..Ya Allah"
No comments:
Post a Comment