Bismillah
Assalamualaikum
tadi baru saja baca blog angel pakai gucci entry pasal masyarakat islam di Rohingya..sentap habis kau
terase sangat-sangat.rasa macam langsung tak membantu masyarakat Islam yang tertindas di sana
kita hidup kat sini suka-suka,boleh bergelak ketawa,tapi masyarakat kat sana..??hanya mereka yang dapat merasai penindasan itu..negara terdekat pun tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pelarian tersebut
nasib masyarakat di Syria, Palestin, Mesir dan Rohingya boleh dikatakan senasib kerana kehidupan masyarakat Islam ditindas oleh non-muslim..tapi, kita semua masih berdiam diri,
tanpa tindakan tegas *termasuk diri ini*
tapi, bila berlaku sesuatu tindakan yang sekejamnya barulah masyarakat ini bertindak untuk marah-marah dan mengecam tindakan tersebut,then barulah muncul mana-mana pertubuhan yang tampil untuk memberi bantuan..jadi,marilah kita sama-sama berusaha untuk membantu dengan sepenuh hati untuk membela nasib saudara kita dari ditindas agar maruah Islam tidak lagi dipijak oleh mereka yang zalim dan kejam
betullah seperti kata INCHE GABBANA iaitu:
"Itulah masalahnya kita ini. Kita ini 'issue-oriented.' Perjuangan kita adalah berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Sayugia apabila tiada isu atau isu berjaya diselesaikan, maka kembalilah kita ke kerusi-kerusi dan sofa empuk kita, kembali menonton telebisen sambil mengunyah popkon panas yang rangup itu. Sedangkan perjuangan membela ummah ini adalah suatu perjuangan yang berterusan, sehinggalah khilafah kembali ditegakkan"
so,marilah kita menjalankan antara kewajipan kita dalam membantu Islam..insyaAllah..perjuangan kita akan dibalas oleh Allah..kerana keikhlasan kita hanya Dia yang boleh nilai,kita sebagai manusia hanya mampu untuk melakukan perbuatan itu sebaiknya tanpa mengharapkan balasan :)
okey..sampai sini saja..moga jumpa lagi saudara-saudara ku
Wassalam