Thursday, 14 November 2013

KENAPA WAHAI MANUSIA??

Bismillah
Assalamualaikum,

wahai manusia,kenapa sungguh kejam tindakan dan perbuatan kau?
sanggup kau membunuh nyawa manusia yang tak bersalah
yang langsung tidak memberi sebarang kemudaratan pada kau
nyawa yang kau bunuh itu masih mempunyai keluarga
punya ibu bapa, suami, isteri dan anak-anak yang masih dahagakan kasih sayang
sanggup kau membunuh seorang ayah dengan bersaksikan seorang anak
seorang anak yang masih belum mengerti tentang dunia semasa
sanggup kau membunuh seorang ibu yang sedang menjalankan tugasnya
menjalankan tugas demi mencari wang untuk keluarganya
semua yang kau lakukan hanya untuk kepentingan kau
kenapa wahai manusia?tegar kau melakukan perbuatan sedemikian
jika di tempat lain, manusia meninggal kerana memperjuangkan agama,melawan perkara-perkara yang batil
tapi di sini, dengan sewenang-wenangnya kau membunuh
tanpa sedikit rasa bersalah kerana nafsu kau tanpa kawalan itu
kerana nafsu yang juga disokong godaan syaitan
maka bergembiralah wahai syaitan dengan perkara yang kau lakukan


wahai keluarga mangsa,
tabahkanlah hati, kuatkanlah iman
dalam menghadapi dugaan ini.
aku pasti , dugaan ini amat berat untuk kamu pikul
tapi, aku hanya mampu meyuruh kamu
sabarlah, berdoalah pada Yang Maha Esa.
Dia tanpa jemu untuk mendengar segala luahan kamu
InsyaAllah, balasan setimpal akan diperoleh buat mereka yang melakukan kekejaman itu


Sekian,
Wassalam





p/s al-Fatihah buat mangsa-mangsa kekejaman manusia dan semoga roh-roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

No comments:

Post a Comment