Bismillah
Assalamualaikum
hari ni ada terbaca satu kisah tentang syahid seorang remaja dlm limgkungan 12-14 thn sebab lagi baca banyak sumber tu, lagi banyak beza statement umur tu..tp umur si syahid dlm lingkungan tu for sure..selalu je tengok gambar kanak-kanak (tengok saiz badan je) yang sedang baling batu ke arah kereta kebal tapi sungguh tidak aku tahu itu ialah engkau wahai Faris
ya Allah, sungguh kurang bacaanku tentang perjuangan pejuang-pejuang syahid di bumi Palestin :'(
biarpun masih baru berusia di awal remaja, semangat engkau sungguh besar wahai Faris
biarpun kisah itu sudah beberapa tahun berlalu tapi kisah perjuangan si syahid Faris masih segar
sungguh aku malu dengan keadaan diriku sekarang..masih berada dalam zon selesa,tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Islam
biarpun kau masih awal remaja wahai si syahid Faris, engkau orang yang berada di barisan paling hadapan dalam menentang kekejaman zionis, engkau menentang dengan batu-batu kerikil yang begitu ditakuti oleh tentera zionis yang maha kejam..batu kerikil yang boleh memberi kecederaan yang teruk dan kadang-kadang buta..malah sungguh aku kagum bila tentera zionis mengejar si syahid Faris dengan senapang, tapi bila si syahid Faris terjumpa batu-batu terus dilemparkan ke arah tentera yang kejam itu, maka terus lari tentera yang sebenarnya pengecut itu..betapa hebatnya engkau si syahid Faris :)
malah, sahabat-sahabatmu sendiri yang memuji tentang sifat mu yang begitu berani dan kuat menentang..biarpun mereka lebih berusia dari mu wahai si syahid Faris..
sungguh aku begitu kagum dengan perjuanganmu
tapi aku sedikit kesal dengan sikap kanak-kanak dan remaja-remaja di Malaysia yang lebih cenderung ke arah hiburan yang tidak bertapis..kurang mengerti erti perjuangan,kurang mengerti erti kesusahan..malah lebih terdedah dan terlibat dengan maksiat yang sebenarnya mereka semua masih belum mengerti tapi kerana kurangnya didikan dan menuntut ilmu agama,segala nafsu mudah saja dikawal oleh syaitan
wahai pewaris pejuang Islam, ubahlah sifat dan sikapmu..tidak salah untuk berhibur, tp ada batasnya..cubalah selami perjuangan remaja-remaja di bumi yang bergolak..jangan terlalu mudah berada di zon selesa..mereka masih kecil tapi sudah berani berjuang..tolonglah wahai bakal pejuang-pejuang Islam..jangan biarkan terlalu mudah Islam dipandang enteng kerana sikap penganut-penganutnya yang kurang peka dengan keadaan semasa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita
sekian saja..moga terus berjuang ke arah kebaikan..dan berbahagialah engkau wahai syahid Faris di sisi pencipta Mu..moga kami semua dapat berjuang mengikut jejak langkahmu..wassalam
![]() |
sungguh hebat dirimu wahai syahid Faris 'Audah |
No comments:
Post a Comment