Bismillah
Alhamdulillah
mungkin anda insan yang bertuah
kerna mampu taat dengan suruhan Allah
mampu menjalankan perintahNYA
tapi ia bukan berhenti setakat itu
sebarkanlah ilmu yang dimiliki
berdakwah selagi mampu
tiada yang rugi
dapat membantu insan lain
yang masih tergapai
dalam mencari sinar Islam
jangan pula dicela insan yang mundur
tunjukkanlah jalan buat mereka
tunjukkanlah dengan berhikmah
agar mudah mereka menerima
maka itu
selamilah surah al-asr
sungguh tafsirnya amat mendalam
dalam kehidupan masyarakat kita
untuk membantu sesama insan
malah rugi pula
jika masih ada insan yang alpa
alpa dan lalai dari suruhan Allah
padahal sudah dikurniakan
segala nikmat oleh Allah
tapi masih juga sombong
dengan mudah berpaling dari Allah
apa iman dan hidayah dapat diwarisi?
jika mudah dapat diwarisi
tak perlu lagi ilmu dituntut
lahir terus dikurniakan kebaikan
tapi, ia sukar untuk diperoleh
kerna iman dan hidayah
perlu dicari dengan sesungguhnya
tiada yang mudah untuk berubah
ia bagai emas untuk kekayaan rohani
tapi bila sudah diperoleh
belailah ia, jaga tanaman itu sebaiknya
jangan bagi musnah
apa yang penting
sentiasalah berdoa
agar iman dan hidayah kita
sentiasa ditetapkan
oleh Allah yang satu
agar tidak mudah tergoda
tergoda dengan fitnah dunia yang bahaya
agar hati kita tetap pada sinar Islam
insyaAllah, Amin
Allahu'alam
No comments:
Post a Comment