Sunday, 29 June 2014

jannah

Assalamualaikum

okey, harini just nak share quote from one malay novel
quote ni sebenarnya dari suami untuk isterinya
saya rasa quote ni sangat best dan touching gitu
tapi tak tau laa, orang lain rasa biasa-biasa je
tapi bila saya baca tu best laa, sweet sangat
terus rasa nak kahwin *gurau je, diri tak cukup ilmu lagi*
so, siapa yang dah beristeri tu, boleh laa try reka quote yg best
untuk isteri tercinta tu..ngeh ngeh >_<

so, here the quote given by Zafran to his wife, Mia~~

If Jannah was a flower, I would pick it up for you
If Jannah was a bird, I would catch it for you
If Jannah was house, I'd build it for you
But since Jannah is a place no eye has ever seen
I make prayer to Allah to reserve it for you


~ quote dari novel Kafe Damia karya Moon Lieya Zafrina~

sweet kan?heheh, okey, tu je nak cite-cite
till meet again *konon*



Allhu3alam






Friday, 27 June 2014

HADIRMU

Bismillah

Hadirmu sungguh bermakna

Hadirmu sangat dinanti-nantikan

Hadirmu buatku gembira

Hadirmu sangat menyenangkan

Hadirmu buat semua berubah

Hadirmu memberi berjuta kebaikan

Hadirmu bisa membangkitkan

Hadirmu memberi berbagai kelebihan

Hadirmu hanya sekali untuk setahun

Hadirmu moga menjadi punca perubahan

Hadirmu moga kami menjadi lebih baik

Ahlan Wasahlan Ramadhan
Kehadiran mu sangat dinanti
Moga dengan hadirmu dapat menginsafkan kami
manusia yang lalai
Moga hadirmu dapat menjadikan kami manusia yang baik
Manusia yang taat dan patuh pada Allah
AMIN

Allhumma Balighna Ramadhan



Allahu3alam



JODOH

Assalamualaikum
macam mana keadaan harini?
moga sihat laa fizikal dan imannya ya..

harini saja-saja je buat entry macam ni
mesti semua macam bulat mata-mata *mcm laa ramai yg nak baca -_-*
takde laa, kalau cakap pasal jodoh ni, semua orang kan suka
dari muram boleh jadi gumbira *samalah dengan diri ni*
tapi jangan salah faham ye, jodoh ni bukan bermakna suami atau isteri tu je
kalau nak tahu, jodoh ni macam-macam jenis ada
tapi, sebab budaya kita, sebut jodoh je, mesti fikirkan calon soulmate gitu..

seperti yang kita tahu, kita dah lama berjodoh dengan kematian
so mesti kena buat preparation jugak
untuk bertemu sang Pencipta nanti
samalah, nak berjodoh dengan manusia, masa nak kahwin
mesti banyak preparation kene setel kan
so sama laa konsepnya dengan kematian ni
okey, mesti semua dah tau pasal ni semua

tapi, kali ni, saya nak omong pasal jodoh yg selalu kita duk mikir ni
tak nafikan yang saya pun selalu duk mikir siapa jodoh saya ni
heh, macam takde benda lain kan? sampai kawan-kawan letih duk dengar
tapi kita tak sedar kenapa kita masih belum bertemu calon suami/isteri

jangan tipulah, mesti semua duk fikir..
bila aku nak kahwin ni?mane calon suami aku ni? siapa laki aku nanti haa?*biasa perempuan laa*
nak nak, sekarang ni cerita orang kawin muda je semedang
umur pulak same dengan umur saya ni haa..
rasa jeles tu ada laa sikit

tapi pernah tak kita fikir
kenapa kita masih belum bertemu jodoh tu?
mungkin hubungan kita dengan Allah masih belum okey
mungkin ibadah kita masih belum lengkap
mungkin Allah nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri kita

untuk bina baitulmuslim ni bukan mudah
nak mendidik dan menjaga sebuah keluarga tu bukan mudah
kahwin bukan hanya untuk penuhi kehendak nafsu
tapi juga untuk sempurnakan separuh iman
agar dalam membina keluarga
kita dapat semai dan menanam benih Islam dalam keluarga
so jangan ingat kerja kahwin ni perkara mudah
take note dear.

kalau selalu sangat saya fikir hal ni
benda ni la yang selalu saya pesan untuk diri saya *muda lagi kot ^_^*
mungkin saya masih belum baik, baiki dulu hubungan dengan Allah
mantapkan ilmu agama dulu.
insyaAllah, Allah akan kurniakan jodoh yang terbaik untuk kita semua
setiap makhluk dicipta berpasang-pasangan
so don't worry my dear..
just keep praying
agar bertemu dengan yang terbaik..insyaAllah
kita perbaiki diri kita, akan dipertemukan yang terbaik nanti
Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang


itu je yang nak share2 harini..
memang ntah ape2..konon orang baca. :P

okey, Wassalam

Allhu3alam



Friday, 20 June 2014

Ikhtilat

Assalamualaikum
kaifahalukum? moga iman dan fizikal dalam keadaan baik. insyaAllah
hari ni nak mencuba boleh?
mencuba untuk bercerita
sebab saya ni pun bukannya orang yang berbakat
cuma ingin berkongsi rasa


_______________________________________________________________

"buat apa tu Chah?"tanya Liya pada Chah yang tersenyum-senyum di depan laptop

Chah berpaling "takde buat ape-ape, tengah duk berchatting dengan Hazim"

"sape Hazim"

"heh, aku baru kenal die laa. tp die ni senior kite tau, cuma bukan same course dengan kita, budak engine!!"

"dah tu? buat ape kau chatting dengan die?"

"saje nak berkenalan. lagipun, die yg start hantar chat kat aku dulu.."

"dah tu kau suka laa? ade laki hantar chat kat kau?"

"suka tu tak laa, tapi excited tu ada laa sikit. bagi laa can kat aku ye Liya..pleasee!"

"can ape kebendanye..can untuk kau jatuh? macam tu?"

"jatuh ape pulak kau ni Liya. aku elok je duk sini."

"jatuh dalam lembah maksiat. jatuh dalam godaan syaitan"

"aku tak pernah ada kawan laki, apa salahnya aku berkawan dengan dia"

"memang tak salah, tapi, apa tujuan kau berchatting macam tu? nak kata tanya hal study memang sah laa course lain-lain, ade kita blaja sama subjek dengan die ke?"

"aku baru berchatting kot..yang kau nak marah-marah sangat ni apesal?"

"aku bukan nak marah sangat..tapi aku takut, kalau kau asyik nanti dengan benda ni semua. aku takut kau lalai. dan aku takut kau dapat murka Allah nanti!!"

"Ya Allah kau Liya, aku baru berchatting kot dengan Hazim ni, yang kau takut semacam ni kenapa? macam aku dah buat salah ape je?"

"Awal-awal, memang kau chatting, pastu, bila dah syok, suka, lama-lama kau mesti melayan jugak kan. dari tanye konon hal study, boleh sampai ke hal peribadi."

"InsyaAllah, tak, aku tau jaga diri aku. bukannya aku berkapel dengan die pun. rilek Liya.."

"Apa jaminan kau boleh bagi?Aku tak nak kau lalai Chah. aku sayang kau. aku tak nak kau berkawan lebih-lebih dengan laki ni. lelaki die punya ayat boleh buat perempuan cair tau.  Kalau kau nak berkawan sangat, ajak berkahwin. senang!!" tegur Liya terus berlalu dari situ.

Chah hanya dia membatu selepas ditegur oleh Liya. Chah sedar, memang silap dia kerana mudah suka bila ditegur lelaki. Chah selalu menjaga ikhtilatnya selama ni. Dia juga berkeinginan untuk berkapel. Tapi, Chah selalu kawal perasaannya. Entah kenapa haritu die gatal layan chatting dengan Hazim sampai melarat berminggu-minggu sampai Liya boleh tau jugak malam tu.

'Hurmm..dah memang salah aku, dah tau dosa buat jugak..yg aku pi back up diri aku depan Liya tu buat ape..weng laa kau ni Chah. Mujur ada Liya peringatkan kau..kalau tak, apa nak jadi nanti..kena minta maaf dengan Liya laa lepas ni. Sorry Liya!!'

_____________________________________________________

okey..tu je ceritanya
tak menarik pun, cuma nak cerita pasal perhubungan antara bukan mahram ni
memang kita boleh berhubung antara laki dan perempuan
tapi tujuan berchatting tu pasal apa?
kalau pasal study takpa laaa, tak pun memang ada emergency case
boleh dibenarkan lagi
tapi kalau perkara tak penting
lebih baik jangan, kerana lama-lama, perasaan lain yang akan timbul
bimbang syaitan akan masuk jarum nanti

so, teman-teman
jagalah ikhtilat
cari laa redha Allah, bukan murka Allah

Allahu3alam



Wednesday, 18 June 2014

REPOST:Santai Tarbawi: Teguran untuk para peninggal solat?

Assalamualaikum

moga sihat fizikal dan iman, insyaAllah

okey,harini saya just nak share satu latest entry

dari uztaz Adnin Roslan, seorang ustaz muda yang sangat hebat penulisannya

sejak kenal dengan blog beliau, saya dapat kenal dan tahu ilmu baru

sungguh entry beliau banyak ilmu dan pengajarannya

moga kita semua dapat ambil peluang untuk baca blog beliau

tapi harini saya nak share entry berikut

selamat membaca semua

Allahua'alam





Santai Tarbawi: Teguran untuk para peninggal solat?: Saya puji Allah, sebagai tuhan yang maha besar, maha agung, maha berkuasa, maha pencipta dan maha pengampun. Yang mana, pengampunan All...






Saturday, 14 June 2014

dream, impian...

Assalamualaikum to all *konon ramai baca -_- *
takpe laa nak feeling feeling sikit.eheh
seperti yang kita rasa, tahu dan memang kita nak something tu
its call a dreams rite?
so im sure that eeeeveryone in this world have their own dreams

ya, kalau kita sebagai muslim ni, mmg konfem impian kita utk kejar redha Allah kan?
yup, itu dh semestinya.. 
tp kalau kita dah habis blaja, mesti kita nak buat something good for our future rite
so, same goes to me..
memang impian saya nak setup bisnes once bila dah keje nnti, insyaAllah
ye laa, bisnes ni kan bagus, 9/10 sumber rezeki kat bumi ni dr bisnes
so why don't we try to grab a chance?
so what kind of bisnes that i love?
since i love reading..ecece..konon je
i really want to open a bookstore cafe style or library cafe style
but more prefer to bookstore cafe..
don't know why, but, bookstore can make me calm and become half crazy
so that's why, i really want to open it, but not a common bookstore
i want the bookstore that can make the customer to have a rest an release their stress..
so that's why, by serve with cafe, people who come to my bookstore,
they can hangout and have bonding time together :P
maybe this kind of bookstore already have in other state such as Penang
but still, there are not too many of bookstore cafe in msia.
but still i want to start open it at my hometown in K.T
such a big dream right??
but insyaAllah, if i really determine with it, maybe im the owner of the bookstore one day
Amin!! :)



google image

google image

google image

google image

so, macam ni laa rupa bookstore yg saya impikan..
tak salah nak berimpian kan?
tapi jgn sampai impian tu sekadar impian tanpa usaha 
kalau tak, mana nak dapat kan?

impian kita sebagai muslim pula jgn lupa nak kejar ye
impian untuk dapat redha Allah, redha parents kita
insyaAllah, jaga hubungan dgn Allah, hubungan dgn manusia pasti akan baik
impian kita untuk mejadi pemimpin ummah juga harus diutamakan
untuk membimbing setiap saudara kita agar kembali dan patuh ke jalan Allah
sesuai dgn status kita sbg khalifah di muka bumi Allah ini..

Allah tak saja2 nak pilih kita sbg khalifah
Allah tau manusia itu makhluk yang hebat
yg mampu untuk memimpin satu sama lain
jadi, berubahlah menjadi seorang Muslim yg baik dan berguna
sama2 kita mengingat..
Allhu'alam









Friday, 6 June 2014

sensitiviti yang melampau

Bismillah and Assalamualaikum

seperti yang kita maklum semenjak dua menjak ni..
cik Bi jadi femes kat Malaysia yang tercinta ni..
sebenarnya, realiti orang Melayu Islam yang memang sensitif dengan cik Bi ni
kira macam cik Bi ni macam musuh kita pulak
dengar je perihal cik Bi, pandai pula nak haram haram bagai
memang laa cik Bi tu haram dimakan, disentuh
tapi, bila tersilap atur pasal cik Bi ni,
melayu Islam ni melenting kemain

ni, kes cik Bi ada dalam coklat cadbury
huuaaa..habis semua pihak buat statement
sampai ada NGO yang rela cuci darah
konon kata darah dah kotor
heh, tolong laaa, jangan bertindak bodoh
Islam tu tak menyusahkan laa
kalau dah termakan nak buat macam mana?
bertaubat laa kat Allah
ni sampai nak menyeksa diri buat apa??
tak gila namanya tu!!

tapi yang hairannya, pihak tertentu yang keluarkan Halal
bermatian tu siasat juga status halal untuk coklat tu
laa ni, tup-tup, boleh dimakan pula
siap sanggup buat demo yang coklat tu boleh dimakan
aduii laa, kenapa la sampai macam tu pun sanggup?

sebab tu laa kata, melayu Islam ni over sensitive on certain issue
kita cuma sedar, haram tu BABI
nak makan, tak boleh ada BABI
pakaian, tak boleh ada BABI
senang cerita, biar semua jangan ada kaitan dengan BABI
sebab, ianya HARAM!!!

tanpa kita sedar.
banyak perkara yang melayu Islam kita buat
konon tak HARAM laa..
sebab takde kaitan dengan BABI ni..

perkara yang realiti masyarakat melayu Islam kita buat konon laa boleh diterima..ye laa, takde unsur babi..:
1- rasuah
2- berkapel
3- tak tutup aurat
4- baham riba'
5- menipu
6- minum arak
7- hina Allah, nabi & hukum Allah
8- dan lain-lain

tapi kenapa kita tak rasa pula benda-benda ni HARAM??
oo..konon sebab ia tak berkaitan babi laa ni
hairan jugak bila fikir dan tengok balik
kenapa melayu Islam ni sangat peka dengan haramnya BABI
tapi kurang peka dengan haramnya perkara-perkara lain??

yang menyedihkan tu
bila ada segelintir pihak yang sanggup buat perkara no. 7.
kenapa pihak tertentu dan berwajib tak ambik tindakan sepatutnya
tapi ambik sikap sambil lewa dan pandang sebelah mata je
kadang tu duk layan double standard lagi..

tapi bila kes cik Bi dalam coklat tu
pom pang pom pang duk kluar statement
berusaha untuk ambik tindakan sepatutnya
konon nak pulihkan tindakan kepada asal

sungguh sangat kecewa bila perkara ni timbul
bila perkara pasal BABI lebih diberi perhatian
berbanding perkara lain
ya! memang BABI itu haram
tapi, tak laa nak kata, takyah ambik berat
tapi kalau perkara tu, lebih dibincangkan
lebih diambik beratkan
lebih diberi perhatian

bila pula perkara lain nak dibincangkan?
sampai lupa, banyak lagi perkara yang HARAM dilakukan
cuma dipandang sebelah mata
kenapa tak cuba usaha untuk perbaiki perkara lain dulu
ni tak
rasuah berleluasa, jenayah menjadi-jadi, manusia semakin berani menghina Islam dan Nabi Muhammad
berkapel dah jadi trend, tutup aurat pun belum lg..

so kenapa, tak pikir pasal perkara ni jugak????
jadi, harap-harap lepas ni
manusia yang bernama melayu Islam kenalah sedar
bahawa yang haram itu bukan saja BABI
tapi banyak lagi perkara lain yang mungkin ada antara kita pernah lakukan

moga lepas ni kita muhasabah diri kita balik
tengok setiap perkara yang akan, sudah atau akan kita semua buat
agar kita tak menjadi makhluk yang alpa
insyaAllah, Allah tak pernah lupa akan hambaNya
Allah sentiasa sayang hambaNya

kembalilah kita pada Islam
lihat secara keseluruhan
memang Islam itu mudah
tapi jangan kita ambik mudah dengan ajaran Islam

insyaAllah, sama-sama kita mengingat
Allahua'alam

jzkk