Friday, 6 June 2014

sensitiviti yang melampau

Bismillah and Assalamualaikum

seperti yang kita maklum semenjak dua menjak ni..
cik Bi jadi femes kat Malaysia yang tercinta ni..
sebenarnya, realiti orang Melayu Islam yang memang sensitif dengan cik Bi ni
kira macam cik Bi ni macam musuh kita pulak
dengar je perihal cik Bi, pandai pula nak haram haram bagai
memang laa cik Bi tu haram dimakan, disentuh
tapi, bila tersilap atur pasal cik Bi ni,
melayu Islam ni melenting kemain

ni, kes cik Bi ada dalam coklat cadbury
huuaaa..habis semua pihak buat statement
sampai ada NGO yang rela cuci darah
konon kata darah dah kotor
heh, tolong laaa, jangan bertindak bodoh
Islam tu tak menyusahkan laa
kalau dah termakan nak buat macam mana?
bertaubat laa kat Allah
ni sampai nak menyeksa diri buat apa??
tak gila namanya tu!!

tapi yang hairannya, pihak tertentu yang keluarkan Halal
bermatian tu siasat juga status halal untuk coklat tu
laa ni, tup-tup, boleh dimakan pula
siap sanggup buat demo yang coklat tu boleh dimakan
aduii laa, kenapa la sampai macam tu pun sanggup?

sebab tu laa kata, melayu Islam ni over sensitive on certain issue
kita cuma sedar, haram tu BABI
nak makan, tak boleh ada BABI
pakaian, tak boleh ada BABI
senang cerita, biar semua jangan ada kaitan dengan BABI
sebab, ianya HARAM!!!

tanpa kita sedar.
banyak perkara yang melayu Islam kita buat
konon tak HARAM laa..
sebab takde kaitan dengan BABI ni..

perkara yang realiti masyarakat melayu Islam kita buat konon laa boleh diterima..ye laa, takde unsur babi..:
1- rasuah
2- berkapel
3- tak tutup aurat
4- baham riba'
5- menipu
6- minum arak
7- hina Allah, nabi & hukum Allah
8- dan lain-lain

tapi kenapa kita tak rasa pula benda-benda ni HARAM??
oo..konon sebab ia tak berkaitan babi laa ni
hairan jugak bila fikir dan tengok balik
kenapa melayu Islam ni sangat peka dengan haramnya BABI
tapi kurang peka dengan haramnya perkara-perkara lain??

yang menyedihkan tu
bila ada segelintir pihak yang sanggup buat perkara no. 7.
kenapa pihak tertentu dan berwajib tak ambik tindakan sepatutnya
tapi ambik sikap sambil lewa dan pandang sebelah mata je
kadang tu duk layan double standard lagi..

tapi bila kes cik Bi dalam coklat tu
pom pang pom pang duk kluar statement
berusaha untuk ambik tindakan sepatutnya
konon nak pulihkan tindakan kepada asal

sungguh sangat kecewa bila perkara ni timbul
bila perkara pasal BABI lebih diberi perhatian
berbanding perkara lain
ya! memang BABI itu haram
tapi, tak laa nak kata, takyah ambik berat
tapi kalau perkara tu, lebih dibincangkan
lebih diambik beratkan
lebih diberi perhatian

bila pula perkara lain nak dibincangkan?
sampai lupa, banyak lagi perkara yang HARAM dilakukan
cuma dipandang sebelah mata
kenapa tak cuba usaha untuk perbaiki perkara lain dulu
ni tak
rasuah berleluasa, jenayah menjadi-jadi, manusia semakin berani menghina Islam dan Nabi Muhammad
berkapel dah jadi trend, tutup aurat pun belum lg..

so kenapa, tak pikir pasal perkara ni jugak????
jadi, harap-harap lepas ni
manusia yang bernama melayu Islam kenalah sedar
bahawa yang haram itu bukan saja BABI
tapi banyak lagi perkara lain yang mungkin ada antara kita pernah lakukan

moga lepas ni kita muhasabah diri kita balik
tengok setiap perkara yang akan, sudah atau akan kita semua buat
agar kita tak menjadi makhluk yang alpa
insyaAllah, Allah tak pernah lupa akan hambaNya
Allah sentiasa sayang hambaNya

kembalilah kita pada Islam
lihat secara keseluruhan
memang Islam itu mudah
tapi jangan kita ambik mudah dengan ajaran Islam

insyaAllah, sama-sama kita mengingat
Allahua'alam

jzkk


No comments:

Post a Comment