Beg galas Adidas kesayangannya yang selalu dibawa ke kelas
dicampak terus ke lantai. Kad matrik yang tergantung di leher juga dilempar
terus ke meja belajarnya yang terletak berhadapan tingkap bilik. Terus badan
yang letih, letih dan letih dihempas ke atas tilam yang tak berapa empuk bak
tilam Vono ehsan pihak university yang memang sedia khas untuk pelajarnya.
Hati yang sakit masih tak dapat diendahkan. Memang rasa nak
fikir biar sudah cuba untuk dilupakan. “ahhhhhhh!!!” teriak Nazril aka Naz yang
dipanggil di kalangan rakan-rakan di bilik hostelnya. Mujur saja rakan
sebiliknya belum ada di bilik. Kalau tak, memang confirm pekak kawannya tu.
Jerit konon ada kat atas bukit.
“Ya Allah, geramnya aku. Sakit hati ni tak nak keluar lagi
ke? Letih dah aku nak marah ni? Dah la si Shah tak balik-balik lagi. Siapa nak
dengar aku bebel ni? Apa nasiblah dapat groupmate cenggitu. Asyik nak betul dia
je. Apa kes? Ahhhhhhhh!!”
“Hoooii!! yang kau jerit macam orang tak betul ni kenape?
Buat malu kaum je laa.” Sergah Shah atau nama dalam IC, Ahmad Shahmi bin
Mokhtar. Masuk je Shah dalam bilik terus senyap si Naz tu. Hai, takut pula kau
Naz kat Shah ehh?
“Haa, balik pun kau Shah. Cepatlah duduk! Kau tahan telinga
ehh? Aku nak bebel ni. Tengah sakit hati lagi sebal ni.” Pinta si Naz yang
terus bangun dari baringnya. Nasib baik dah kenal agak lama. Tahan jugak si
Shah ni dengan perangai Naz cenggitu. Dah nama kawan, memang kena layan laa.
Sayang jugak aku kat Naz ni. You should be proud Naz to have a friend like me.
Bangga Shah.
“Hurrmmm, marah sebab apa pula kali ni? Ehh jap, dah solat
Asar belum? Kalau belum, moh le kita dulu. Biar reda sikit marah kau tu. aku
pula letih tengok kau marah ni.” Ajak Shah.
“belum lagi weh. Haa, ye laa, jom ahh!! Kau jadi imam ehh?
Aku punya batin tak betul ni.” Tergelak Shah bila dengar jawapan Naz.
“ahahaha..bengong punya jawapan Shah. Jawapan bahaya tu
woi!! Orang misinterpret baru tau?” gelak Shah masih belum
“betul laa weh, zahir batin aku tengah dalam kesakitan ni.
Tolong aku ubatkan ya?” adu Naz dengan muka sedih.
“hurmm, ikut suka kau laa Naz, dah jom. Biar aku jadi imam.
Biar batin kau okay dulu ye?” jawab Shah pula dengan sinis. Terus mereka pergi
bersiap untuk mengerjakan rukun Islam ke dua itu.
“dah okay belum batin kau tu Naz? Kalau belum, meh aku rawat
kau. Nak?” Tanya Shah dengan muka gatal sesudah selesai solat berjemaah mereka.
Hai si Shah ni, tak menyempat pula dia. Sejadah pun aku tak
lipat lagi ni. Dengan muka gatal macam nak berbini tu. fuhh, gila laa Shah
ni. “aku baru nak reda ni, kau pula buat
onar. Haihh, geram pula aku. Rasa nak cekik kau pun ada ni. Boleh bagi? Ganti
tempat insan yang aku geram tuh!!” jawab Naz bersungguh sambil mengatur langkah
ke rak kain untuk menyangkut sejadah dan kain pelikat cap mangga ehsan mak Tah,
ibu saudara kesayangan tuh.
“alaa, tadi kau juga suruh aku tahan telinga. So, just get
ready with your statement and argument. I’m willing to hear dude!” ucap Shah
redha. Redhalah dah memang dia tempat Naz ni nak luah. Dengar je laa. As long
as he will back to normal. Dengan badan bersandar di sisi katil, Shah tekun
menunggu cerita Naz yang dah elok berbaring atas katil. Senyap pula mamat ni.
Aku tunggu ni!!
“Hoiii!! Aku cakap kau buat derk je, cerita laa cepat. Aku
ada kerja lain juga ni” geram pula aku dengan Naz hari ni.
“Kau boleh bayang tak Shah? Group assignment kau, yang kau
punya part laa, kau buat dengan gigihnya, sampai ada tak tidur. Langsung tiada
dalam assignment tu? Kalau ada pun, secoet je? Aku explain kemain berkajang.
Hat ada 3 baris je. Apa ayat aku salah sangat ke? Amboi kalah lecturer laa
cenggitu check nya. Ya Allah, memang sakit hati gila kot. Macam bodoh je aku
rasa. Apa guna aku ada dalam group tu? jadi patung cendana ke? Eiii, tak tau
nak kata apa dah? Sebab apa laa aku gi tengok dulu assignment tu, kalau hantar
terus takde laa aku sakit hati macam ni!!” menggeleng saja kepala Shah
mendengar cerita Naz tu.
Dia dengar saja pun geram, ni si Shah ni sendiri kena.
Kesian sungguh Naz ni. Orang je kacak bergaya, bijak pandai, tapi kena aniaya
macam Cinderella. Ehh jap, Cinderella kan cantik? Hurmm, logic juga tu, ni
mesti kes jeles. Ehh, Apa kaitan pula kisah Naz dengan Cinderella ni?
“Laa, betul laa tu kau check dulu, at least kau tau macam
mana hasil kerja group kau. Haa, bila kau tau macam ni jadinya, lepas ni takyah
ahh group dengan insan tu lagi. Takde ahh, kau pun rasa macam bodoh pula!!?
Betul tak wahai Khairul Nazril?” balas Shah pula sambil tersenyum. Haihh, Naz,
aku nak gelak, tapi aku kesian pula tengok kau. Naz pula buat muka menyampah
bila Shah dalam nasihat tu ada juga nak mengutuk dia.
“Macam ni laa, apa kata kau slow talk laa dengan member
group kau tu. Tanya sebab apa dia buat macam tu? ye laa, maybe lepas ni tak
segroup sekali pun, insan tu buat kat orang lain pula. Let say, once kau dah
tau macam tu kerja dia, then lepas ni konfem kau nak elak segroup dengan dia kan? So, whatever it is, you have to settle down the problem first. Tak nak laa makin serius pula hal ni kan?”
cadangan Shah hanya dibalas dengan anggukan oleh Naz.
“Hurrmm, tengok laa macam mana weh. Aku kalau boleh, tak nak
laa sampai orang annoyed dengan insan tu, bila ada siapa-siapa kerja dengan
insan tu laa. Kesian laa nanti. But, seriously, aku ada lagi rasa geram ni. But
better than before laa. Anyway, thanks for the advice, and also for lending
your ears dude.” Balas Naz bila lama dia berdiam diri. Berfikir agaknya.
“Cehh, ayat takleh blah. Serupa ayat pidato time sekolah
rendah. Ahahaha.” Gelak besar Shah dengan balasan Naz. Malah Naz sendiri turut
tergelak.
“Kau sahabat aku Naz, setakat benda macam ni. Aku tak kisah.
Aku sayang kau dah macam keluarga aku sendiri. Even kita baru kenal berapa
tahun ni je, tapi macam aku dah lama kenal kau. Aku tak pernah ada kawan macam
kau. Serius!! Uhibbuka fillah Naz!!”masuk mood sedih pula Shah. Naz yang
mendengar pun turut terharu.
Terus bangkit Naz dari pembaringan dan menghadap Shah yang
setia kat lantai tu
“weh, kau jangan buat aku sedih macam ni. Memang patut aku
cakap terima kasih kat kau. Memang jasa kau tak terbalas. Banyak sangat dah kau
tolong aku. Kau dah banyak bimbing aku. Ajar aku balik pada Islam. Mujur aku
tak jatuh terus dari jalan. Mujur still ada tangan yang support depan belakang
aku. Yang memang selalu ada time aku dalam susah senang. Tapi dalam baik kau tu, still ada
kepala air kau tu. sebab tu aku suka kawan dengan kau. Tak stress. Thanks weh.
Uhibbuka fillah aidan.” Ucap Naz sambil tersenyum yang turut dibalas oleh Shah.
Keadaan dalam bilik menjadi senyap bila Naz selesai
bercakap. Tiba-tiba Shah dan Naz rasa pelik dalam keadaan macam tu. Terus pecah
gelak antara mereka berdua di bilik hostel Malinja di UiTM Kedah itu tanpa
mempedulikan penghuni lain. Mungkin geli dengan statement yang baru keluar.
Memang dasar sekepala sungguh.
“terima kasih buat sahabat yang setia bersama aku. Walau aku
tak sempurna, aku banyak kelemahan sikap, tapi, kau setia. Kau sanggup
mendengar aku bercerita. Kita berkongsi cerita. Tak kira siapa kau sahabat. Aku
beruntung. Terima kasih J”
Allahu3alam