Wednesday, 18 March 2015

lanjutkan saja :)

awak cakap awak suka; tapi awak tiada langkah

awak cakap awak cinta; tapi awak berdiam diri

awak cakap awak mahu; tapi awak bergurau

awak cakap awak serius; tapi awak ragu-ragu


jadi apa yang kau mahu sebenarnya wahai lelaki? kalau benar, kau, wahai adam inginkan dia, si hawa sebagai suri di hati kamu..teruskanlah niatmu jika kau yakin si dia mampu membina kehidupan bersama.

berhubungan dan terus berhubungan tanpa ikatan tidak membawa erti. teruslah mengikat ikatan suci itu. insyaAllah, kau akan bahagia. hubungan juga terusan diberkati dan diredhai oleh Allah.

tidak perlu wang berjuta untuk menikahi dia, cukup kau mampu membayar mahar dan memberi sedikit hadiah di hari pernikahan

mencari yang baik pun bukan mudah, maka, jika sudah ada yang cukup berkenan di hati, maka teruslah sampaikan hajat.

insyAllah, rezeki akan terus menyusul jika kau khuatir membina rumah tangga memerlukan kos yang besar. insyaAllah. terusan berdoa.

ada jodoh antara kalian, Alhamdulillah, kalau tiada berjodoh pula, insyaAllah, yang lebih baik akan menyusul. rezeki Allah itu sentiasa ada. jangan berputus asa dengan janji Allah







Allahu3alam






No comments:

Post a Comment