Assalamualaikum dan apa khabar!!
harini saya nak share pengalaman baru dan pertama interview kerja..mihmihmih..cuak mak noks. tak pernah kena interview kerja, hari ni dalam sejarah :P
okay, kalau tengok dengan entry title tu, interview untuk pembantu tadbir N17. Mana-mana jawatan yang start dengan nombor 17 ni, depan kod lain. tu maksudnya, kelayakan yang kita guna untuk apply jawatan tu ialah kelayakan SPM. saja je try untuk jawatan ni, tak pernah isi SPA, so cuba-cuba je, Alhamdulillah, okaylah.
so kalau nak tau lebih-lebih pasal segala jawatan SPA ni, klik sini
so dari situ, macam-macam benda boleh tau, baru nak apply pun boleh, tapi kena buat akaun laa and mende tu kena update brape kali, saya lupa, tapi, boleh klik sini
so, harini, saya interview untuk jawatan seperti di atas kat pejabat bomba dan penyelamat terengganu. bila sebut tempat tu, mak saya boleh terkejut kot. ingat kerja sana.. ahahhaa.. rileks ahh ibu, ira interview je situ :D
![]() |
ni offer through email, nak tunjuk, maklumat tu je.. ekeke |
haaa, tu lah info panggilan interview tu.. sy punya turn no 18, ada laa sekejap, ada lama sorang-sorang punya turn tu. time saya pulak, tak sure plak lame ke tak
so time interview tu, memang ada laa cara dan adabnya kan?
bila loceng bunyi, baru kita boleh masuk, time masuk tu, ketuk laa pintu, bagi salam
masuk je, terus bagi folder kita. time serah folder tu, muka betul folder tu kena hadap interviewer tu. then mereka suruh duduk, duduklah. dalam folder tu plak. susunan dokumen tu ikut je apa yang dilist dalam surat tawaran tu.
perkara perkara yg first interviewer tu tanya/buat ialah
1. perkenal diri - so time ni cerita laa pasal diri tu. time ni saya pun takde idea nak cerita apa. blur sungguh
2. tanya pasal kelulusan sume.. etc etc
3. hal bidang perkeranian - bnyk kerja kerani buat sebenarnya, saya pikir duk urus fail je. padahal, pasal cuti, punch card, kalau HR plak, pasal lantikan, so kerani kena handle jugak perkara ni sume
4. pengalaman kerja di sektor awam - saya memang takde laa, ada pun time praktikal kat SUK tu.. cerita laa selagi mampu. so mereka tanya laa pasal kerja sana. buat apa.. bla bla bla
second interviewer plak lebih pada konsep dan dasar kerajaan. ehemm,. general knowledge kene tau ye..
1. apa yang anda faham pasal 1Malaysia? keberkesanannya? konsep tu dapat menyatupadukan ke tak kaum tu sume? - jawab selagi tau dan fasih.. ekekeke. tapi bila sebut dasar pecah dan perintah tu, muka interviewer tu berubah terus.. ahahaha
2. pandangan kita pasal GST - jawab je. diorang tak kisah pun. tak puas hati, cakap je. puas hati. haa cakap je laa. takde orang nak marah. dah nama dia tanya pendapat kita.
hmm.. rasa mende ni je laa dia tanya,, boleh plak tak ingat, ye dah banyak ni je.. oklah. nak share experience time interview ni je. harap sape-sape yang terbaca, dapatlah membantu sikit sebanyak. saya ni tak laa pandai mana nak mereka cerita gini. jadi meleret ada. oklah.. haa, before nak keluar tu, salam laa interviewer tu, ni tertakluk untuk sama jantina je ye. yang lain jantina jangan gatal plak nak hulur.
okay. sampai sini saja saya melalut... adioss..nite nite
Allahu3alam
Assalamualaikum