Friday, 30 May 2025

EH! MEET & GREET WITH TEME ABDULLAH LAAAAA!!

Hi! Assalamualaikum gaissss! 


Bertemu lagi kita pada harini di hari raya Aidiladha yang mulia. Cewahhh. Okay back to our topic today. 


Can see it or nott?? Can rightttt. Yup! It's all about my moments and an experience during meet & greet session with Teme Abdullah. 


Yang battle kan tiket tu adik aku sebenarnya. AHAHAHAHAHAHHA. Aku cuba battle tak berjaya. Berapa kali refresh tetap sold out hasilnya. Maka, adik aku berkorbanlah untuk aku yang amat meminati TEME ni. huhuhu. 




Aku ni memang suka pergi PBAKL. Dah kebetulan Teme nak buat meet & greet. So, apa salahnya mencuba sekali kan? Masa naik tingkat 4 tu.. ramainya manusia. Siap cakap kat adik, taknaklah join. Ahahahahahaha. Sejenis malas nak beratur. Tapi aku punya slow petang kan? So aku pusing² dulu, kemudian beratur tu adalah total semua dalam 30min - sejam?

Dahlah, tengok gambar je laa. Ekekekekekke 🤭







Wehhh! Aku sambung update semula lepas hampir setahun 😂 

Masa turn aku tu, aku cuma cakap dengan dia "saya follow Teme sejak blog Temerity lagi". Kemudian dia jawab "oh! Blog yang dah dilupakan tu". Kesian pulak kat blog tu eh 🤣

Okay. Itu je laa. Akhirnya post jgk entry ni. Phewwww 😮‍💨

Okay bai. Assalamualaikum 🫶🏻


Friday, 17 May 2024

Hari Ini Pada Tahun 2024!

 Assalamualaikum kesayangan!! Kesayangan saya di blog saya. huhu

Second entry pada tahun 2024. Takde apa. Cuma nak update supaya blog tak berhabuk. Takde nak cakap apa, tapi cuma nak pastikan agar kita sentiasa mendoakan pada umat-umat yang tertindas di seluruh dunia. Terutama di Palestion. Moga tentera terkutuk laknatuLlah hancur sehancurnya dari melakukan genocide. Sebab ia bukannya perang, tetapi pembunuhan beramai-ramai kerana ia melibatkan semua golongan. 

Doa buat mereka. Kalau mampu boikot, cuba boikot apa yang patut. Kita berjihad ikut cara kita semampunya dan sebarkan seberapa info berkenaan pembunuhan yang berlaku untuk hapuskan dakyah-dakyah dari pihak penindas.



Mereka berhak untuk hidup dengan keadaan dan kehidupan yang baik. Bukan hidup dengan penindasan dan pembunuhan. Teruskan semampunya kita berusaha untuk membantu saudara kita. 

Insya-Allah, kemenangan buat mereka. 


Thursday, 16 May 2024

JALAN-JALAN PENANG (PART 1)

 Assalamualaikum dan Hi!

Cuma nak share trip aku baru-baru ni. So trip kali ni ke Penang dengan company, maksudnya trip company la. Kitorang pergi 4H3M. Rabu bertolak petang camtu, sampai Penang dah jam 12.30am gitu. Aktiviti kitorang start hari Khamis tu. Trip kalini santai je dan takde banyak aktiviti boleh squeeze in sebab ada kanak-kanak. So itinerari awal pun kita cuma plan nak ke The Habitat dan ESCAPE. 

Tiket masuk tu aku beli siap-siap melalui KLOOK. Betullah orang cakap kalau beli kat KLOOK murah dan memang terbukti murah. Murah tu dalam 5 ke 6 ringgit. Berbaloi jugak tu. So first day hari Khamis tu, lepas breakfast, terus kitorang pergi ke Bukit Bendera. Oh sebelum terlupa, kitorang stay kat Armenian Street Heritage Hotel. Hotel ni okay je. Hotel lama tu takdelah lama sangat tapi okay sebab lokasi betul-betul tengah bandar dan dekat dengan pusat tarikan macam street art tu semua. Kedai makan pun senang je ada sekeliling. 

Okay berbalik semula ke Bukit Bendera. Untuk tiket ke Bukit Bendera, aku beli kat kaunter je terus walk in. Sepanjang sampai dari awal naik sampai ke atas, memang hujan gerimis. Tapi boleh lagilah untuk tengok view atas. FYI, tiket naik ke Bukit Bendera dengan tiket The Habitat berbeza ya dan aku pun baru tau yang atas Bukit Bendera ada balai polis dan masjid. AHAHAHHAHAHA. Dulu pergi masa kecik sangat, tak tau apa. Dah besar ni baru sedar keadaan macam mana. Banyak jugak aktiviti boleh buat kat sana. Ada buggy yang boleh buat tour tengok sekeliling kawasan Bukit Bendera, tengok rumah-rumah lama. Tak silap bayaran tu RM30/pax. Aku kurang pasti yang ni sebab tak usha pun cuma dengar dari mulu-mulut yang ada kat sana laa. 


Harga Tiket Bukit Bendera

Okay, lupa nak cite.. bila dah sampai je atas, cuba je tanya orang kat sana mana laluan masuk nak ke The Habitat, nanti dia suruh je pergi straight hala ke masjid sampailah nampak gambar The Habitat. Seperti namanya, so memang The Habitat adalah sepenuhnya hutan, takde apa menarik pun. Cuma macam kawasan kita nak masuk alam hutan. Tengok pokok-pokok, pastu tetiba je ular lalu depan mata aku. Lahh pulak. Tak rilek ular nak buat surprise pun. Yang paling best dalam The Habitat tu adalah Curtis Crest. Ala Curtis Crest tu macam menara apa tah bertingkat tu yang kita boleh panjat dan tengok view Pulau Pinang. 

Setel pusing dalam The Habitat, penat campur lapar. Terus pergi cari makan. Hajatnya nak makan Nasi Kandar Sulaiman, tapi operation hour cuma sampai jam 2 ke 3 petang tak silap. Kita ni selesai pusing semua dah hampir jam 3. Cemane nak makannya. So, kitorang decide nak makan kat Nasi Kandar Line Clear. Ikut pada rasa lidah aku dan beberapa rakan yang lain, nasi kandar kat sini kurang surrr. Kuah tak melekat kat tangan. AHAHAHAHAHAHA. Sebab aku boleh dapat nasi kandar lagi sedap kat Kuantan. Iyelah, sebabnya kan Nasi Kandar Line Clear kan antara yang famous, tapi bila rasa tu, biasa je. Okay, makanan dia taklah tak sedap, tapi aku ingat nasi dia akan lagi wowwww. Haa gituhh. 

Lepas dah setel, balik hotel, solat siap apa patut.. keluar balik pusing-pusing area Armenian Street tu. Pusing sana sini. Kejap je pusingnya, maghrib terus balik hotel semula. Siap-siap, solat.. pi makan kat Kapitan. OKAY SINI SUMPAH!! NAN CHEESE dan AYAM TANDORI SEDAP GILAAAAAAA!! silalah cuba. Ayam besar, roti tebal. Yang pasti puas hati. 

Selesai makan pulak, terus balik hotel. Pikir nak tido je. Okay sampai sini je laa kut untuk hari pertama. Nanti kalau aku rajin, aku sambung part 2. Hari kedua ni yang best. Pi ESCAPE PARK. Kalau aku rajinlah.. dan kalau ada permintaan. Haaa gitueeewwww, acah ada peminat. 

OKAY, ada masa ketemu lagi. Assalamualaikum <3 



Monday, 7 August 2023

2023! MISI TERTANGGUH

Hi dan Assalamualaikum, 

Baru aku sedar yang untuk tahun 2023 aku takde update apa-apa lagi. Jadi bagi mengelakkan blog aku teruk dihuni sawang dan debu, aku cuba untuk buat entry kalini. 

Okay! Tahun lepas, November dah ada PRU. Sekarang PM Malaysia ialah DS Anwar Ibrahim tapi terkenal dengan gelaran PMX. Saja je cerita pasal update negara. Lepastu, 12hb Ogos ni pulak ada PRN di 6 negeri. Nak kena balik mengundi pulakkkkk. Doakanlah aku boleh buat pilihan yang baik. Gituhhhh. 

Ohh haaa.. aku dah okay! dah move on! sekarang aku punya hati dan fikiran dah tenteram dan tenang. Tapi benda tu tetap akan hantui hidup aku (benda tu boleh refer pada previos entry aku) dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang aku sedang berusaha nak cari calon suami yang baik. Baik untuk aku, untuk keluarga, masyarakat dan agama. Yang betul-betul mencari isteri untuk melayani sebaiknya. Bukan untuk aniaya hati, perasaan dan fizikal isterinya. CEWAHHHHH. 

Tapi serius, tolong doakan aku dapat bertemu calon suami yang baik akhlaknya, baik agamanya, baik keturunannya, baik pekerjaannya, baik ilmu pendidikannya, baik rupa parasnya, baik hartanya. Aku cuma mampu berdoa dan berharap, tetapi selebihnya Allah yang tetap dan aturkan. Jadi aku berharap dengan doa orang ramai, moga Allah dapat perkenankan doa aku. InsyaAllah. 

Okay semuaaaa. 

Terima kasih sudi membaca entry aku kalini. 




Thursday, 13 January 2022

GHOSTING ITU PERIT

Hi, 

Harini saja nak berkongsi rasa hati yang selalu aku pendam, diam, fikir dan sebagainya. Rasa hati yang sampai dapat panic attack. AHAHAHAHAHHA. Tapi tu lah perkara yang sebenarnya terjadi. 

Okay, back to story. Aku ni sebenarnya tak pernah bercinta. Tak pernah ada hubungan cinta dengan siapa-siapa pun. Nak dijadikan cerita, Disember 2020, aku ada kenal seorang lelaki ni secara online. Kenal dalam seminggu kot, aku nak stop dalam online site tu. So kitorang exchange contact number sebab mungkin nanti kami boleh kenal-kenal lagi. Dah exchange number, masing-masing diam je. Jadi aku dengan berani buat langkah pertama dengan saranan kawan aku, aku mulakan perbualan di Whatsapp. Aku pun tak terfikir aku boleh seberani tu. Biasa aku ni jenis segan gila. Tapi entah, sebab aku rasa aku selesa dengan dia kot, jadi aku cuba nak berkawan dengan dia. 

Maka dengan itu, bermulalah perkenalan kami dari perkenalan biasa berubah ke arah yang lebih serius dalam awal bulan Mei. Jujur aku cakap, dia lelaki yang baik. Jaga family dia, jaga ibu dia. Takde nak buat tak senonoh dengan aku. Takde nak cakap perkara yang tidak-tidak, yang lagha. Dia yang banyak plan untuk masa depan dia. Dia yang banyak fikir cara nak improve diri dia. Cara dia ambil berat pasal aku, cara dia pujuk aku kadang-kadang yang boleh buat orang geram balik. RINDU! Kalau ingat balik semua, rasa bahagia je. Aku dah terbayang masa depan aku dengan dia. Mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Mendoakan agar semua dipermudahkan dan dilancarkan. 

Pada Ogos 2021, dia disahkan dijangkiti Covid-19. Bila dapat tahu tu, risaulah kita kan. dah lah dia tu mudah sakit. Dapat pulak sakit covid. Taktau dia macam mana jaga diri kat sana (OVER!!). Dengan duduk berdua je dengan ibu dia. Risau jugak kalau ibu dia dijangkiti sama. Aku ni cubalah hantar apa-apa ubatan untuk dia (NI AKU BODOH! KAH!). Nak protect lagi diri dia. Biar dia kembali sihat. Taknak sakit dah sebab sepanjang dia sakit, kami dah jarang contact. Aku tak kisah sebab aku nak dia sihat je. Cuma aku tanya khabar je. Takde nak mesej nak call macam biasa. Tapi sejak dia sakit tu lah, memang hubungan kami makin jauh. Tapi aku tak kisah sebab aku anggap, nanti bila dia dah betul-betul sihat. Mesti dia okay balik. Walaupun aku tau sebab dia dah cakap yang dia nak lebih fokus lepasni (NAK FOKUS ADALAH REDFLAG UNTUK AKU SEKARANG YE!). Dia cuba nak improve kan lagi diri dia. Dia nak perbaiki apa yang patut sementara tempoh belum menikah ni. Ohh ya! Kitorang memang ada plan nak kahwin, nak jumpa lepas habis PKP. Tapi tu semua hanya rancangan. 

Tapi September 2021, tarikh dan bulan yang akan aku ingat sampai sekarang, tarikh birthday aku jugak, dimana pada saat itulah kali terakhir dia mesej aku. Ya! Last dia mesej aku. Aku pelik, sebab apa dia diam terus walaupun aku dah perasan masa awal bulan 9 tu dia macam banyak diam. Jadi lepas seminggu, aku mesej dia balik, kenapa dia macam itu ini, apa salah aku? Kalau nak break dulu, bagitau. Aku cuma nak explanation je. Taknak tergantung macam tu je. Masa tu aku taknak paksa dah dia cakap pasal kawin semua. Aku dah mengalah masa tu. Tapi masih dia berdiam diri. Jujur aku cakap, memang haritu aku baran. Sakit hati sebab dia buat aku macam tu. Dia online, tapi dia tak reply. Aku taktau dia kerja atau tidak. But at least cakap, kalau kerja, nanti reply. Jangan diam. Aku bukan paksa mintak jawapan serta merta. Malam tu baru dia reply, yang dia cakap dia kerja lagi. Okay takpe, aku tunggu esok. 

Esok dia masih diam. Aku tanya lagi. Bila aku akan dapat explanation? Tapi yang dia reply cuma; nanti call bila ready. Masa ni jujur jugak aku cakap, sabar aku menipis jugak, tapi aku tanya dalam keadaan sindir bila yang akan dia ready tu? dan jawapan dia: tetap diam! Sampailah pada akhir awal bulan November tak silap aku. Aku cuba mesej dia lagi. Aku masih perlukan penjelasan dan aku bagi kata putus bahawa sampai tarikh pada Disember, jika dia masih diam, aku anggap semua ni berakhir. 

Dannnnnn, sampailah sekarang, dia masih diam. Aku tau dia dah tak suka kat aku. Dia dah benci aku. Dia tak berharap kat aku. Dia dah buang aku dari hidup dia. Dia dah padam aku dari rancangan hidup dia. Ohh ya! Kira sekarang hubungan kami dah berakhir la. 

Tapi aku bodoh. Sebab aku masih sayang pada dia. Sebab aku masih berharap pada dia. Sebab aku masih suka pada dia. Sebab aku masih letak dia dalam rancangan hidup aku. Sebab aku masih mendoakan untuk kebaikan kami. Sebab tu aku cakap aku ni bodoh. Masih berharap pada orang yang dah tak ingin :') 

Tapi aku okay walaupun sebenarnya tidak. But at least aku dapat belajar dari semua ni. Dapat tau macam ni rupanya perhubungan. Dapat kenal semua manusia. 

Dan buat awak, 

terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. 
terima kasih sebab cakna pasal saya
terima kasih sebab tak lokek dengan saya 
terima kasih sebab bagi masa dan perhatian awak untuk saya
terima kasih sebab bagi peluang pada saya untuk kenal ibu awak
terima kasih sebab awak cuba untuk kenal saya 
terima kasih sebab awak sentiasa ada 
terima kasih untuk segalanya

dan saya 

masih ada rasa untuk awak
masih ada sayang untuk awak 
masih ada cinta untuk awak
masih berharap pada awak 
masih berharap ada peluang lain
(UPDATE: OHH AKU BODOH LAGI! SEMUA DAH TAKDE RASA! AKU DAH MOVE ON. SEMUA RASA DAH HILANG) 

untuk setakat ini. 

Saya cuba untuk berkenalan dengan orang lain, tapi saya bandingkan dengan awak. Orang lain tak macam awak. Macam mana saya nak padamkan awak dalam hidup saya, dalam fikiran saya. SUSAH! Saya tau awak dah tak suka saya, saya akan cuba sebaiknya untuk lupakan awak. Sebab saya taknak dibenci lagi. Cukuplah benci tu sikit je. Taknak banyak-banyak. AHHAHAHAHAHAHA. 
(UPDATE: BODOH JUGAK BILA AKU SEMPITKAN PANDANGAN AKU UNTUK DIA JE. SEBAB AKAN ADA LAGI YANG TERBAIK DARI DIA. DIA BUKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU AND HE DONT DESERVES ME. AHAHAHAHAHAHA. BTW, DIA DAH SELAMAT KAHWIN DAH DISEMBER 2022 LEPAS. SO YEAHHH. DOAKAN AKU JUMPA CALON SUAMI YANG BAIK)

Okaylah, tu je coretan kali ini. 

BYE! 

Assalamualaikum. 







Tuesday, 7 December 2021

Selalu Mengalah

Tajuk Lagu: Selalu Mengalah


Jelaskan padaku isi hatimu 

seberapa besar kau yakin padaku

untuk tetap bisa bertahan denganku

menjaga cinta ini 

pertengkaran yang terjadi

seperti semua salahku

mengapa s'lalu aku yang mengalah

tak pernahkah kau berfikir

sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus s'lalu mengalah

pantaskah hatiku masih bisa bersamamu


ini adalah petikan lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Seventeen. Saja kongsi sebab macam kena dengan kisah diri sendiri. HIHIHIIHIIHI. 


Okay, bye 

SEDERHANA

Assalamualaikum!! Hi!!

Rajin pulak nak update sekarang. hihihihii. Sebenarnya nak share lagi pasal kata-kata Indonesia. Taktau kenapa berminat dengan bahasa Indo sebab lenggok dia tu best. Ni aku dengar dari Instagram jugak. AHAHAHAHAHAHA

okay kita mula;


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, 

dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu,

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,

dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.


itu je harini. 


Sekian, terima kasih. 




Thursday, 2 December 2021

BODOH

Assalamualaikum

Hiiiii!! Bersiaran lagi kita pada harini. Cewaahhhh. 

Harini kan sebenarnya nak share satu petikan ayat Indonesia. Kalau amati, bahasa Indo sangat best. Macam menusuk ke kalbu. HUHUHU. Ni petikan ayat dari Instagram. Saya cuba luahkan balik disini. 

Tau ga...
Sebodoh apa saya saat ini?
masih mikirin orang yang udah ga peduli sama saya
udah ga dihargai tapi masih mau berjuang
masih mengharapkan cintanya dia yang mungkin ga pantes bagi saya
dan saya masih mencintainya
di saat dia udah mencintai orang lain

Kalau dengar audio rasa macam sedih kot :( Jadi buat sesiapa yang tengah dalam fasa kecewa, ceriakan diri anda. Moga anda terus kuat dan kuat untuk hadapi hari esok. Moga anda diberikan yang terbaik dari yang terbaik. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih. Ciaoooo 

Sayang, 

Syahirah