Hi dan Assalamualaikum,
Baru aku sedar yang untuk tahun 2023 aku takde update apa-apa lagi. Jadi bagi mengelakkan blog aku teruk dihuni sawang dan debu, aku cuba untuk buat entry kalini.
Okay! Tahun lepas, November dah ada PRU. Sekarang PM Malaysia ialah DS Anwar Ibrahim tapi terkenal dengan gelaran PMX. Saja je cerita pasal update negara. Lepastu, 12hb Ogos ni pulak ada PRN di 6 negeri. Nak kena balik mengundi pulakkkkk. Doakanlah aku boleh buat pilihan yang baik. Gituhhhh.
Ohh haaa.. aku dah okay! dah move on! sekarang aku punya hati dan fikiran dah tenteram dan tenang. Tapi benda tu tetap akan hantui hidup aku (benda tu boleh refer pada previos entry aku) dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang aku sedang berusaha nak cari calon suami yang baik. Baik untuk aku, untuk keluarga, masyarakat dan agama. Yang betul-betul mencari isteri untuk melayani sebaiknya. Bukan untuk aniaya hati, perasaan dan fizikal isterinya. CEWAHHHHH.
Tapi serius, tolong doakan aku dapat bertemu calon suami yang baik akhlaknya, baik agamanya, baik keturunannya, baik pekerjaannya, baik ilmu pendidikannya, baik rupa parasnya, baik hartanya. Aku cuma mampu berdoa dan berharap, tetapi selebihnya Allah yang tetap dan aturkan. Jadi aku berharap dengan doa orang ramai, moga Allah dapat perkenankan doa aku. InsyaAllah.
Okay semuaaaa.
Terima kasih sudi membaca entry aku kalini.
No comments:
Post a Comment