Assalamualaikum dan Hi!
Cuma nak share trip aku baru-baru ni. So trip kali ni ke Penang dengan company, maksudnya trip company la. Kitorang pergi 4H3M. Rabu bertolak petang camtu, sampai Penang dah jam 12.30am gitu. Aktiviti kitorang start hari Khamis tu. Trip kalini santai je dan takde banyak aktiviti boleh squeeze in sebab ada kanak-kanak. So itinerari awal pun kita cuma plan nak ke The Habitat dan ESCAPE.
Tiket masuk tu aku beli siap-siap melalui KLOOK. Betullah orang cakap kalau beli kat KLOOK murah dan memang terbukti murah. Murah tu dalam 5 ke 6 ringgit. Berbaloi jugak tu. So first day hari Khamis tu, lepas breakfast, terus kitorang pergi ke Bukit Bendera. Oh sebelum terlupa, kitorang stay kat Armenian Street Heritage Hotel. Hotel ni okay je. Hotel lama tu takdelah lama sangat tapi okay sebab lokasi betul-betul tengah bandar dan dekat dengan pusat tarikan macam street art tu semua. Kedai makan pun senang je ada sekeliling.
Okay berbalik semula ke Bukit Bendera. Untuk tiket ke Bukit Bendera, aku beli kat kaunter je terus walk in. Sepanjang sampai dari awal naik sampai ke atas, memang hujan gerimis. Tapi boleh lagilah untuk tengok view atas. FYI, tiket naik ke Bukit Bendera dengan tiket The Habitat berbeza ya dan aku pun baru tau yang atas Bukit Bendera ada balai polis dan masjid. AHAHAHHAHAHA. Dulu pergi masa kecik sangat, tak tau apa. Dah besar ni baru sedar keadaan macam mana. Banyak jugak aktiviti boleh buat kat sana. Ada buggy yang boleh buat tour tengok sekeliling kawasan Bukit Bendera, tengok rumah-rumah lama. Tak silap bayaran tu RM30/pax. Aku kurang pasti yang ni sebab tak usha pun cuma dengar dari mulu-mulut yang ada kat sana laa.
Harga Tiket Bukit Bendera |
Okay, lupa nak cite.. bila dah sampai je atas, cuba je tanya orang kat sana mana laluan masuk nak ke The Habitat, nanti dia suruh je pergi straight hala ke masjid sampailah nampak gambar The Habitat. Seperti namanya, so memang The Habitat adalah sepenuhnya hutan, takde apa menarik pun. Cuma macam kawasan kita nak masuk alam hutan. Tengok pokok-pokok, pastu tetiba je ular lalu depan mata aku. Lahh pulak. Tak rilek ular nak buat surprise pun. Yang paling best dalam The Habitat tu adalah Curtis Crest. Ala Curtis Crest tu macam menara apa tah bertingkat tu yang kita boleh panjat dan tengok view Pulau Pinang.
Setel pusing dalam The Habitat, penat campur lapar. Terus pergi cari makan. Hajatnya nak makan Nasi Kandar Sulaiman, tapi operation hour cuma sampai jam 2 ke 3 petang tak silap. Kita ni selesai pusing semua dah hampir jam 3. Cemane nak makannya. So, kitorang decide nak makan kat Nasi Kandar Line Clear. Ikut pada rasa lidah aku dan beberapa rakan yang lain, nasi kandar kat sini kurang surrr. Kuah tak melekat kat tangan. AHAHAHAHAHAHA. Sebab aku boleh dapat nasi kandar lagi sedap kat Kuantan. Iyelah, sebabnya kan Nasi Kandar Line Clear kan antara yang famous, tapi bila rasa tu, biasa je. Okay, makanan dia taklah tak sedap, tapi aku ingat nasi dia akan lagi wowwww. Haa gituhh.
Lepas dah setel, balik hotel, solat siap apa patut.. keluar balik pusing-pusing area Armenian Street tu. Pusing sana sini. Kejap je pusingnya, maghrib terus balik hotel semula. Siap-siap, solat.. pi makan kat Kapitan. OKAY SINI SUMPAH!! NAN CHEESE dan AYAM TANDORI SEDAP GILAAAAAAA!! silalah cuba. Ayam besar, roti tebal. Yang pasti puas hati.
Selesai makan pulak, terus balik hotel. Pikir nak tido je. Okay sampai sini je laa kut untuk hari pertama. Nanti kalau aku rajin, aku sambung part 2. Hari kedua ni yang best. Pi ESCAPE PARK. Kalau aku rajinlah.. dan kalau ada permintaan. Haaa gitueeewwww, acah ada peminat.
OKAY, ada masa ketemu lagi. Assalamualaikum <3
No comments:
Post a Comment