Friday, 13 December 2013

kehebatan sultan muhammad al-fateh

Bismillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, setiap hari kita dapat menikmati segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah..
oleh itu, hendaklah kita sebagai umat manusia yang juga sebagai khalifah di muka bumi ini untuk taat dan patuh pada perintah dan larangan Allah..

seperti tajuk entry tu, entry kali ni hanya nak meluahkan tentang kekaguman saya terhadap Sultan Muhammad al-Fateh..before this pernah laa dengar pasal beliau and tau laa pasal penaklukan beliau di kota Konstatinopel yakni Istanbul sekarang, tapi, baru sekarang saya tau pasal beliau lebih mendalam not too deeper actually sebab buku tu pun tak laa tebal mana..maybe buku tu hanya cerita a part of it or summarize from other long sources..hurmm,maybe..but not sure.haha
MasyaAllah, lepas baca buku pasal Sultan Muhammad al-Fateh, memang confirm laa, setiap orang yang baca tu akan salute and feel like woaahh..he was such a great leader!! indeed..

kehidupan beliau sama seperti kanak-kanak lain sewaktu kecil,bermain bersama rakan-rakan, tapi hasil usaha Sultan Murad,iaitu ayahanda Sultan Muhammad dengan melantik guru-guru untuk mengajar segala ilmu untuk Sultan Muhammad dalam mendidik beliau menjadi seorang pemimpin yang baik kerana seorang seorang ahli agama iaitu
Sheikh Syamsuddin al Wali berkata pada Sultan Murad iaitu

"wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu"

so, daripada ayat Sheikh Syamsuddin itu menunjukkan kepimpinan Sultan Muhammad telah dikesan sejak dari kecil..MasyaAllah..
so, kalau nak cerita banyak-banyak pasal Sultan Muhammad memang akan jadi panjang, so, sy cuma bg overview laa pasal beliau :)..lepas-lepas ni cari laa peluang untuk baca kisah Sultan Muhammad al-Fateh juga pejuang-pejuang Islam lain..insyaAllah

okay..tu saja untuk entry kali ni..moga jumpa lagi..insyaAllah..wassalam

Monday, 9 December 2013

FARIS 'AUDAH

Bismillah
Assalamualaikum

hari ni ada terbaca satu kisah tentang syahid seorang remaja dlm limgkungan 12-14 thn sebab lagi baca banyak sumber tu, lagi banyak beza statement umur tu..tp umur si syahid dlm lingkungan tu for sure..selalu je tengok gambar kanak-kanak (tengok saiz badan je) yang sedang baling batu ke arah kereta kebal tapi sungguh tidak aku tahu itu ialah engkau wahai Faris 

ya Allah, sungguh kurang bacaanku tentang perjuangan pejuang-pejuang syahid di bumi Palestin :'(
biarpun masih baru berusia di awal remaja, semangat engkau sungguh besar wahai Faris
biarpun kisah itu sudah beberapa tahun berlalu tapi kisah perjuangan si syahid Faris masih segar
sungguh aku malu dengan keadaan diriku sekarang..masih berada dalam zon selesa,tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Islam

biarpun kau masih awal remaja wahai si syahid Faris, engkau orang yang berada di barisan paling hadapan dalam menentang kekejaman zionis, engkau menentang dengan batu-batu kerikil yang begitu ditakuti oleh tentera zionis yang maha kejam..batu kerikil yang boleh memberi kecederaan yang teruk dan kadang-kadang buta..malah sungguh aku kagum bila tentera zionis mengejar si syahid Faris dengan senapang, tapi bila si syahid Faris terjumpa batu-batu terus dilemparkan ke arah tentera yang kejam itu, maka terus lari tentera yang sebenarnya pengecut itu..betapa hebatnya engkau si syahid Faris :)
malah, sahabat-sahabatmu sendiri yang memuji tentang sifat mu yang begitu berani dan kuat menentang..biarpun mereka lebih berusia dari mu wahai si syahid Faris..

sungguh aku begitu kagum dengan perjuanganmu
tapi aku sedikit kesal dengan sikap kanak-kanak dan remaja-remaja di Malaysia yang lebih cenderung ke arah hiburan yang tidak bertapis..kurang mengerti erti perjuangan,kurang mengerti erti kesusahan..malah lebih terdedah dan terlibat dengan maksiat yang sebenarnya mereka semua masih belum mengerti tapi kerana kurangnya didikan dan menuntut ilmu agama,segala nafsu mudah saja dikawal oleh syaitan
wahai pewaris pejuang Islam, ubahlah sifat dan sikapmu..tidak salah untuk berhibur, tp ada batasnya..cubalah selami perjuangan remaja-remaja di bumi yang bergolak..jangan terlalu mudah berada di zon selesa..mereka masih kecil tapi sudah berani berjuang..tolonglah wahai bakal pejuang-pejuang Islam..jangan biarkan terlalu mudah Islam dipandang enteng kerana sikap penganut-penganutnya yang kurang peka dengan keadaan semasa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita

sekian saja..moga terus berjuang ke arah kebaikan..dan berbahagialah engkau wahai syahid Faris di sisi pencipta Mu..moga kami semua dapat berjuang mengikut jejak langkahmu..wassalam

sungguh hebat dirimu wahai syahid Faris 'Audah

Saturday, 7 December 2013

to be a better muslimah


Bismillah
Assalamualaikum

okay, for sure every woman are determine to be a better muslimah
even me myself are really want to change to be a better one, but still im not a good one that people can rely on,well, im not going to share a tips on how to be a good muslimah, but maybe i can tell and share some experience and my little knowledge about my surrounding that related to muslimah

there are many types of muslimah out there,but idk how to explain that..
but im pretty sure,we as a muslimah know better what type of muslimah we are
but i hope that a good one and trying to be a good one :)
im not good in advising others but for me, the main thing here is, i really hope that
a woman can cover their aurah properly allign with the syariah
how come we are willing to let our mahram like our dad, our brother and maybe our husband someday to feel the burden that they also get cause of our action that not cover the aurah properly.
like i said before, im not good in advising people,but i can give a little knowledge about it
it's because, i felt so dissapointed with the way of woman wear their outfit
not cover their aurah properly and perfectly,maybe they wear scarf but the pant and the shirt are tight that can look the shape, and sometimes they wear a thin outfit that can see through it
actually there are too many of way that muslimah nowadays wear their outfit that we can see around us..
we dont need to wait the sincerity comes to us to cover the aurah,its an order from Allah, why we need to wait for it, even we fast during Ramadhan Kareem, so it same goes to cover the aurah..its an order and OBLIGATION!!
ya muslimah, i really hope that we can change to be a muslimah
i didn't say that im a good one, but i really hope that we can help to each other to give a change in our life,
do a little da'wah if we can't do a big da'wah
insyaAllah, Allah will grant us a good rewards based on what we did

thats all that i want to share, wassalam


p/s do pray to those who affected in big flood

Wednesday, 27 November 2013

kewajipan

Bismillah 
Assalamualaikum

tadi baru saja baca blog angel pakai gucci entry pasal masyarakat islam di Rohingya..sentap habis kau
terase sangat-sangat.rasa macam langsung tak membantu masyarakat Islam yang tertindas di sana
kita hidup kat sini suka-suka,boleh bergelak ketawa,tapi masyarakat kat sana..??hanya mereka yang dapat merasai penindasan itu..negara terdekat pun tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pelarian tersebut
nasib masyarakat di Syria, Palestin, Mesir dan Rohingya boleh dikatakan senasib kerana kehidupan masyarakat Islam ditindas oleh non-muslim..tapi, kita semua masih berdiam diri,
tanpa tindakan tegas *termasuk diri ini*
tapi, bila berlaku sesuatu tindakan yang sekejamnya barulah masyarakat ini bertindak untuk marah-marah dan mengecam tindakan tersebut,then barulah muncul mana-mana pertubuhan yang tampil untuk memberi bantuan..jadi,marilah kita sama-sama berusaha untuk membantu dengan sepenuh hati untuk membela nasib saudara kita dari ditindas agar maruah Islam tidak lagi dipijak oleh mereka yang zalim dan kejam
betullah seperti kata INCHE GABBANA iaitu:

"Itulah masalahnya kita ini. Kita ini 'issue-oriented.' Perjuangan kita adalah berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Sayugia apabila tiada isu atau isu berjaya diselesaikan, maka kembalilah kita ke kerusi-kerusi dan sofa empuk kita, kembali menonton telebisen sambil mengunyah popkon panas yang rangup itu. Sedangkan perjuangan membela ummah ini adalah suatu perjuangan yang berterusan, sehinggalah khilafah kembali ditegakkan"

so,marilah kita menjalankan antara kewajipan kita dalam membantu Islam..insyaAllah..perjuangan kita akan dibalas oleh Allah..kerana keikhlasan kita hanya Dia yang boleh nilai,kita sebagai manusia hanya mampu untuk melakukan perbuatan itu sebaiknya tanpa mengharapkan balasan :)

okey..sampai sini saja..moga jumpa lagi saudara-saudara ku
Wassalam

Tuesday, 26 November 2013

pustaka a.k.a library

Bismillah
Assalamualaikum

okay,hari ni cuma nak cerita-cerita je pasal kehidupan student U ni..tp specific kan tempat tu student U yang ada kat pustaka a.k.a library ni..sebab sekarang saya pun ade kat library..ahah..konon laa ni nak buat assignment..tapi sekejap je gerak..lepas tu,terbang entah kemane..kalau kita tengok kat library ni,macam-macam ragam student yang ada..macam-macam lagak..
oleh sebab budak diploma dah masuk balik dari cuti sem diorang,so library akan kembali penuh..tak dapet den nak lepak sini selalu..kalau kita semua tau,library ni pusat timba ilmu..cehh,ayat tu.
yelaa,tempat kita boleh buat assignment,pinjam buku dan seumpamanya..
tapi,sedihnye..ade certain student yang buat library tempat diorang dating..tolong ye teman-teman,jangan nak ganggu pandangan students lain..sian kat orang lain nak buat keje.kalau nak tidur pun takpe lagi
tapi ni dating!!okay..dating pun dah salah..ni boleh plak dating kat library..
ada kes lain plak,boleh plak certain students ni buat bising dlm library ni..mmg sometimes sy pun ade jgk buat bising,but sometimes ok..tanpa sedar!!kadang library tu dah mcm kat mall bising cara diorang cakap
so,tolong ye teman-teman,sama-sama laa kita berubah,saling memperingati..sayang-sayang semua :)

ok tu je nak cite-cite ckit..wassalam



p/s entry yg tertangguh,patut dah siang td,tp pagi pulak baru post.. :P


Sunday, 24 November 2013

perjuangan dan pemergian si dia

Bismillah
Assalamualaikum

Seperti yang kita tau..Malaysia telah digemparkan dengan pemergian seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajarannya di Turki. Beliau yang diberi nama Ahmad Ammar telah meninggal dunia pada        2 November yang lepas kerana accident dengan ambulans.
Bukan sebab kemalangan itu yang kecoh orang ramai bincangkan, tetapi segala sifat dan jasa yang telah dicurahkan oleh arwah Ammar sepanjang hayatnya. Beliau aktif dalam segala program-program sukarelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Beliau juga pernah terlibat misi sukarelawan ke Syria. Subhanallah, sungguh beruntung dirimu wahai Ammar..tambahan beliau dikebumikan disamping tokoh-tokoh Islam yang hebat dahulu..
Sepanjang hidupnya, beliau sangat menjaga adabnya dan sifatnya seperti yang diucapkan oleh sahabat-sahabatnya. Pasti mereka sangat merasai kehilangan arwah Ammar..tapi yang mengagumkan ialah bila kedua ibu bapa arwah Ammar begitu tenang saat kematian putera tunggalnya. Sungguh aku kagum pada mereka..
nak cerita banyak-banyak mesti semua dah tau tentang kisah arwah Ammar yang banyak dikongsikan kini..tapi ni, petikan cerita dari sahabat Ammar sendiri..


bon voyage my brother


Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013



yang pasti..arwah Ammar memperoleh penghormatan itu kerana hasilnya sewaktu hayatnya dahulu. Moga kita semua mampu berusaha untuk menjadi seperti arwah Ammar dalam membantu masyarakat di luar sana. Di samping berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah..insyaAllah, Amin

al-Fatihah buat arwah Ammar, moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Wassalam

Sunday, 17 November 2013

exam fever..

Bismillah
Assalamualaikum

rajin pulak malam ni nak update banyak2,hehe..padahal banyak je kerja nak buat,takpe lepas ni saya mesti buat..taknak main2 dah..huhu
saje je nak bagitau..saya punya final exam dlm masa sebulan lebih je lg..so saya harap sangat2 moga Allah permudahkan segala urusan students yang akan sit for the exam..bitaufiq wannajah fil imtihan,Amin..
tapi bukan setakat kejar exam dunia saja ye teman2,moga exam akhirat juga kita sanggup tempuhi..moga kita menjadi hamba Allah yang patuh pada perintahnye ye..insyaAllah


see..(biar mmg kecik pun..heh),my slip exam..brape banyak subjek yg ada,
tp nasib baik,final paper ade 6 saja

nampak tak bila start exam tu..so memang tak lama dah pun..


so saje2 sebenarnya saje2 nak share hidup as a student..
lagi??ade ke yang nak baca..ahah..
ok tu jee..

Wassalam

Saturday, 16 November 2013

Do Not Walk With Arrogance

Bismillah
Assalamualaikum

first time share video
ya Allah,time awal2 tengok video,sangat terasa..rasa diri ni sangat hina,sangat jahil
minat dengan artis2 dan selebriti terlebih..
padahal hal agama pun masih bertatih..
ampunkan dosa hamba-hambaMu ya Allah :'(


cinta

Bismillah
Assalamualaikum

hanya nak berkongsi petikan sajak dari novel :)

Cinta itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Ilahi
Cinta itu indah andai saling nasihat menasihati
Cinta itu indah andai berpaksikan iman dan taqwa dalam hati
Cinta itu indah andai redha Ilahi yang dicari
Cinta itu indah andai sama-sama menuju cinta Ilahi
Cinta itu indah andai hidup dan mati hanya untuk mengejar cinta abadi




*petikan sajak dari novel Suamiku Ekspress karya Fieyta an Nisa'
 credit to her, im not the owner ya ;)

sekian
Wassalam :)

Thursday, 14 November 2013

KENAPA WAHAI MANUSIA??

Bismillah
Assalamualaikum,

wahai manusia,kenapa sungguh kejam tindakan dan perbuatan kau?
sanggup kau membunuh nyawa manusia yang tak bersalah
yang langsung tidak memberi sebarang kemudaratan pada kau
nyawa yang kau bunuh itu masih mempunyai keluarga
punya ibu bapa, suami, isteri dan anak-anak yang masih dahagakan kasih sayang
sanggup kau membunuh seorang ayah dengan bersaksikan seorang anak
seorang anak yang masih belum mengerti tentang dunia semasa
sanggup kau membunuh seorang ibu yang sedang menjalankan tugasnya
menjalankan tugas demi mencari wang untuk keluarganya
semua yang kau lakukan hanya untuk kepentingan kau
kenapa wahai manusia?tegar kau melakukan perbuatan sedemikian
jika di tempat lain, manusia meninggal kerana memperjuangkan agama,melawan perkara-perkara yang batil
tapi di sini, dengan sewenang-wenangnya kau membunuh
tanpa sedikit rasa bersalah kerana nafsu kau tanpa kawalan itu
kerana nafsu yang juga disokong godaan syaitan
maka bergembiralah wahai syaitan dengan perkara yang kau lakukan


wahai keluarga mangsa,
tabahkanlah hati, kuatkanlah iman
dalam menghadapi dugaan ini.
aku pasti , dugaan ini amat berat untuk kamu pikul
tapi, aku hanya mampu meyuruh kamu
sabarlah, berdoalah pada Yang Maha Esa.
Dia tanpa jemu untuk mendengar segala luahan kamu
InsyaAllah, balasan setimpal akan diperoleh buat mereka yang melakukan kekejaman itu


Sekian,
Wassalam





p/s al-Fatihah buat mangsa-mangsa kekejaman manusia dan semoga roh-roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Wednesday, 6 November 2013

social site

Bismillah
Assalamualaikum

Entry harini cuma nak cakap-cakap pasal social sites
Seperti yang kita tahu,social sites sekarang tersangat laa banyak
sampai tak tau nak guna yang mana satu
okay,antara social sites yang femes:
fb,twitter,tumblr,myspace,flikr,keek dan lain-lain
sebabnya memang ade banyak lagi kan mendealah tu semua
kalau ikut secara betulnya,penggunaan mendealah ni semua tak salah pun
malah ia dapat bagi benefits pada yang gunakannya dengan sebetulnya
bahkan,ia dapat menjadi satu medium dakwah yang mudah buat semua
selain tu,fb antara ,medium yang menyebabkan non-muslim untuk revert to muslim
dalam jumlah yang ramai..so takde yang salah dlm penggunaan social sites ni

tapi,yang menyebabkan ia menjadi satu keburukan buat semua bila
the users tu yang kurang reti nak manage time dlm guna mendealah ni semua
sampaikan ada yang bangun tidur,fb..twitter..mesti terus on..
berhabis masa berjam-jam untuk social sites ni semua
tapi yang sangat bagi keburukan dlm penggunaan social sites ni bila
semua yang berlaku dlm hidup kita sehari-hari ni,mesti nak ke update
perlu ke nak bagitau semua kat public..i don't think so
tapi kalau a good news or experiences yang tak terlampau
maybe can be acceptable
tapi jangan lupa,social sites ni juga dapat menimbulkan salah faham
ini antara consequences update semua kat social sites laa ni
kita semua lupa,tak semua perkara kita perlu bagitau kat orang
tak semua perkara orang boleh terima kita punya idea
so,before nak update something tu, better kita fikir dulu sekeliling kita
social sites bukanlah laman untuk meluahkan perasaan tak puas hati kita
for example,kalau kita ada problems dgn kawan kita..
tak perlu rasanya untuk kita bagitau tentang perkara tu with/without mention his/her name
tempat untuk kita meluahkan semua isi hati kita hanyalah pada Allah
berdoa pada Dia, minta petunjuk dari-Nya,
insyaAllah, hati kita akan lebih tenang
so buat apa kita nak bagitau kat semua orang kan
sebab mereka tak dapat nak bantu kita
kalau kita sendiri tak berusaha untuk menyelesaikan masalah kita
jadi,fikir-fikirlah tentang keburukan dan kebaikan dari setiap action yg kita akan buat

so setakat ni saja untuk harini
Wallahu'alam
Assalamualaikum
antara social sites yang ada,maybe kat msia ada yang belum femes


percentage of social sites yg orang selalu guna





p/s entry ini bukan ditujukan untuk sesiapa,ia adalah untuk peringatan kita bersama dan dari pengalaman saya sendiri..no heart feeling ya :)





Monday, 4 November 2013

rakyat marhaen

Assalamualaikum..

kami rakyat marhaen hanya mengharap 
baru kini aku merasa peritnya hidup dalam mencari sesuatu
dulu hanya guna dan pakai apa yang disediakan oleh ibu dan bapa
walaupun aku hanya seorang pelajar
tapi aku layak untuk meluahkan apa yang tidak berkenan di hati
jangan pernah menghalang aku dan rakyat marhaen untuk bertindak
kamu ada di posisi sekarang pun atas dasar pilihan rakyat yang kurang mengerti
tetapi kami semua turut menerima akibatnya
wahai rakyat marhaen sekalian
pilihlah apa yang benar,sekatlah apa yang batil
bagilah peluang buat satu yang baru untuk melakukan perubahan
jika belum diberi peluang,bagaimana ingin tahu tentang potensi sesuatu perkara
tapi,bagi tempoh lima tahun tidak sempat buat satu tampuk yang baru 
dalam melaksanakan misi mereka
jadi,rakyat marhaen
tempoh akan datang,buatlah pilihan yang bijak
berilah peluang pada yang baru jika mereka mampu


disini saja luahan hatiku
moga bertemu lagi di lain entry


Wassalam


p/s salam tahun baru, awal muharam :)

kepuasan

Bismillah
Assalamualaikum,

okay,baru ni ade saya share yang saya ade join election for my course's club right?
so,last thursday dah tau resultnye
but sadly,tak menang pun.takpe laa,tak kisah pun
at least, try jgk join program mcm tu tp yg penting tu..
dgn beraninya dpt bg speech pasal manifesto a day before election tu
time tu tersangat laa nervous takyah nak cakap
yg penting sy dpt dr election tu sebenarnya kepuasan
pengajaran yg saya dapat dr election tu jgk ialah...
saya pun mampu berani untuk berucap dan cuba something new.
ingat diri ni tak mampu...Alhamdulillah,dpt juga merasa.
so,kalau ada peluang,marilah kita sama-sama mencuba sesuatu yg baru
yg boleh bagi kebaikan pada diri kita ni.
insyaAllah, keyakinan diri kita mungkin juga akan meningkat


okay,tu saja nak bagitau..
sama-sama kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan

Assalamualaikum




p/s jgn lupa untuk mendoakan saudara-saudara seIslam kita :)


Tuesday, 29 October 2013

Hanya Tuhan yang tau

Bismillah
Assalamualaikum

hanya Tuhan yang tahu..
benar,segala perkara yg berlaku hanya Tuhan yang tahu kebenarannya
tp mengikut situasi saya sekarang,hanya Tuhan yang tahu betapa nervousnya diri ni
sebab apa laa saya duk ikut sekali semua benda tu
for the first time,saya gatal2 join jadi calon piliharanraya BASIC
nak tau BASIC tu ape?
BASIC tu club kursus saya kat universiti
full name die 'Bachelor in Administrative Science Club'
before nak bagi nama tu,suka2 sgt nak join, nak jadi calon
sebab apa?sebab nak try pegang jawatan..
but now,cuak sgt2 dah ni..
dang2 plak..ade MANIFESTO kena present??
i'm not ready for all this matters..
tak pernah bg speech kat depan org ramai..
no idea at all to give a speech
so how i'm going to persuade people?
i can say that, my confident level is very low!!maybe 25% only
tp saya nak cari peluang nak memimpin,tp dengan feeling macam ni?
macam mana?but maybe this is the beginning of my leadership??really?
is that possible?but maybe i can give a try..insyaAllah
yg pasal speech tu,hentam saja boleh..buat2 lawak ke?boleh ke?
nevermind..just give it a try!!
may Allah ease everything..AMIN


the bottom one,that's my name!!seriously,not ready yet..
insyaAllah,i will give it a try, and may Allah ease my way..AMIN
That's all from me..
Wassalam

Monday, 14 October 2013

Minat !!

Bismillah
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah,harini kita semua masih berpeluang untuk menyedut udara yang dipinjam buat kita semua.Moga peluang yang diberi dapat kita gunakan sebaiknya sebagai hamba Allah.
seperti tajuk entry harini..iaitu minat.tetibe je kan.hahaha..
saje je nak share2 minat..mana tau minat kita sama kan?? ;)

Minat saya lately yg maybe kebanyakan perempuan buat laa ni..
ape ye rase2..selain shopping laa ye..minat baca novel laa kan..
haaa..tu laa minat saya yg baru sebenarnye..hahaha,baca malay novel gitu
orang lain dah lama minat..saya ni baru nak minat..
ape2 minat pun kalau kita dah suka nak buat macam mne kan?
asal ia tak lari dari syariat Islam sudah..

sebenarnya,ade novel yang boleh bagi pengajaran kat kita
ade yang dapat melalaikan kita semua,but still dlm melalaikan tu
mesti ade juga sedikit nilai2 die
so kalau ade yang kate baca novel melayu tak berfaedah..better try baca dulu
sebab ade banyak jgk novel yang terkandung tentang ajaran2 Islam
so jgn igt semua novel melayu tangkap cintan je ye :P
tp kalau nak baca novel yang memang dalam bentuk islamik
try baca karya Ustazah Fatimah Syarha..insyaAllah..
karya tersebut dapat memberi panduan pada kita semua.


itu saja yg nak dikongsi hari ni..
insyaAllah ade rezeki,jumpa lagi :)


p/s jangan lupa ambil peluang untuk puasa sunat 9 Zulhijjah esok hari ..banyak kebaikannya yang Allah kurniakan.. :)

Wednesday, 9 October 2013

kami sebagai boss "disini"

Assalamualaikum
Bismillah

diriku masih boleh dikira sebagai remaja
masih mentah tentang dunia luar
mungkin segala pandangan dan idea kurang diberi perhatian
tapi diriku merasa tidak selesa bila berada di sini
semakin hari semakin risau diriku bila berada di sini

diriku masih belum berpeluang untuk memilih wakil untuk suara rakyat
tapi diriku sangat teruja bila lagi 4 tahun aku mampu melakukannya
diriku sangat risau dengan keadaan sekeliling

jenayah semakin meningkat
kos sara hidup semakin menigkat,biarpun rakyat masih kurang mampu
rasuah semakin meningkat
duit rakyat entah kemana
setiap pandangan diusulkan oleh kami sebagai rakyat
pasti akan ditentang dan diperlekehkan

kenapa wahai pemimpin?
kalian adalah wakil buat rakyat
kalian seharusnya mendengar
bukan memandang sepi
kalian adalah pekerja untuk kami

oleh itu,akan diriku sentiasa
untuk berdoa agar kesejahteraan disini tidak terjejas
dek kerana kalian

diriku dambakan pemimpin yang mengamalkan Islam
bukan pemimpin yang ambil mudah pasal Islam

sentiasalah berdoa rakyat
agar disini
dapat berubah
agar disini
pemimpin tidak bertindak sewenangnya
agar disini
kita dapat mencari rezeki yang halal niat kerana Allah
agar disini
dapat kita memperjuangkan Islam

disini yang sangat aku cintai
"Malaysia"



Wassalam




Pencinta

Bismillah

udara yang ku sedut
nafas yang ku hela
fikiranku yang menerawang
mata yang ku pejam
dan tangan yang ku genggam
seluruh tubuhku
diselubungi perasaan cinta kepada-Mu,
Tuhan!
hanya kepada-Mu akan ku perabdikan
dan akan ku terima segala ketentuan-Mu


Wassalam

*petikan dari novel Ya Maulana karya
Hana Ilhami,novelis best seller Perempuan Lindungan Kaabah


p/s last line diedit sedikit

Tuesday, 8 October 2013

kita perlukan perhatian

Bismillah


kita dilahirkan ke bumi ini seperti kain putih yang suci
dari kecil..
kita dicorakkan sebaiknya oleh dua insan
dua insan yang sangat bermakna
syurga dan neraka kita bergantung pada mereka
redha mereka juga jaminan buat kita
perhatian dari mereka sangat bermakna
perhatian yang dapat mendidik kita menjadi berguna
sehingga jadinya seorang yang berguna
perhatian bonda dan ayahanda tercinta
tugas pemberi perhatian dialih sebentar buat guru-guru
mendidik kita menjadi anak bangsa yang berjaya
perhatian diberi pada kita oleh masyarakat sekeliling
penghormatan akan diberi pada kita
apa yang penting...
perhatian yang sejati,tulus dan tidak pernah pudar
tapi sering kali dilupakan,diabaikan malah dianggap enteng
perhatian yang tidak memerlukan balasan
sungguh hebat sang pemberi perhatian ini
oh Allah
aku sebagai hambamu sentiasa mendapat perhatianMu
tapi aku alpa dalam perhatian yang Engkau kurniakan
aku lupa untuk bersyukur dengan segala perhatian yang diberi
ampuni aku ya Allah
sesungguhnya perhatian Engkau antara nikmat yang hebat aku peroleh




Wassalam

Thursday, 19 September 2013

A New Experience :)

Assalamualaikum..

okay..based on the title, i'm going to share my new experience during my last semester break
padahal dah lama pun,saja je nak share jugak :P
can u imagine, aku join program universiti aku yang belum pernah aku join before this.
this program's name was Women In Social Enterprise or in short we call as WISE..

in this program, we as a student need to help and share some knowledge with our adopted mum in their business..ohh..btw, forgot to tell about this program.
in this program, aku kena stay dgn mak angkat for 3 weeks..awalnya memang laa tak suka mane
plus aku ni memang susah nak mesra dgn orang.memang kena ambik masa yang lama. so dalam masa 3 minggu tu, banyak yang aku belajar dari family angkat aku tu..best laaa jugak.

nak tau apa yang best tu..aku dpt mak angkat yang buat bisnes roti..tak penah2 aku buat roti sblm ni.

proses supaya roti tu menaik by controlled the
temp. and the humidity

tempat saya buat roti tu :)

proses menyejukkan roti after keluar dr oven
but in short, im happy by joined this program. it gave me many experience
tp yang tak bestnye kena buat report..dah laa tak buat langsung lagi..haishh
nevermind,yang penting dah dapat new experiences.
so,to all university students, kalau ada apa2 program kat uni korang, try to grab the chance dgn join apa2 program sekali pun..
insyaAllah, ia dapat memberi kebaikan kepada kita semua


okay,sampai sini saja..till we meet again :P

Assalamualaikum..


p/s  doakan untuk saudara2 seagama kita ya.. :)


Monday, 16 September 2013

nice reading source

Assalamualaikum..

what kind of title..hahaha
i dont know how to name something actually
but i think it just nice,maybe :P

Okay, actually saya nak share something that can give some benefits to others
ia sebenarnya website that discuss about the current issues, religion matters and etc
author yang menulis untuk website tu pun mostly muda-muda yang maybe lebih faham
jiwa anak-anak muda sekarang

Penulisannya pun ringkas, padat dan mudah untuk difahami dan dihayati
Website yang saya nak share ni sebenarnya dah famous, tapi takpe laa..saja-saja nak share
maybe ada lagi yang tak tahu..website tu nama dia Langit Ilahi

Try laa baca kat website tu ye..yang mungkin dapat membantu kita semua sedikit sebanyak tentang
agama kita, kehidupan kita dan banyak lagi.. insyaAllah

Okay, cuma nak share tu je..
harap dapat jumpa lagi,insyaAllah..


Assalamualaikum



p/s  jangan lupa untuk sentiasa mendoakan saudara2 seIslam kita terutama di Syria, Palestin dan Mesir

Thursday, 12 September 2013

Fasa Baru

Assalamualaikum..

lamanya dah tak update blog aku ni..rindu kat anak mama ni..muahhh
ntah ape2 je..

macam tajuk entry aku harini.."FASA BARU"
aku dah masuk sem 3 and already in 2nd year.. only 1 year and a half left before i grad
baru nak masuk seminggu
nervous sume dah bercampur menjadi satu..
dah laa result sem lepas agak kurang baik,jatuh terus dari sem 1
sedih gila time tgk result hari tu..
but what can i do..sume dah berlaku

but i really hope that, for this sem which is in 3rd sem
i can give full attention and commitment in study so that i boleh..
dapat result yang terbaik,i nak tebus balik apa yang dah i buat time sem2 dulu
tak nak dah result jatuh macam tu.

bukan apa,niat kita sume blaja ni hanya satu, iaitu untuk Allah
so,kita kena laa perbetulkan niat kita yang satu tu
and kalau kita dapat result yang bagus pun, make it as a present to our parents
and also to ourself..

apa yang aku dah melalut ni
nevermind, actually i cuma nak bagitau yang i dah masuk sem baru
and really hope that i can do my best..plus to all my friends and to all university students
'do your best in your study' ;)

okay,tu je sebenarnya..im not a creative and critical thinker actually
no idea at all

tido dulu..Assalamualaikum


Sunday, 7 April 2013

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Assalamualaikum..

dah lama sgt tak update blog ni..ade ke y bace..ntah laa,saje2 buat je pun..hahaha
ok..cume nak bagitau,kita sebagai manusia perlulah bijak dalam menyelesaikan masalah
jangan terlalu ikutkan perasaan dan nafsu..kalu nk mudah..jangan akal pendek..faham
kalau masalah kecik tu jgn laa nk perbesarkan..kita org islam..berfikir biarlah berteraskan iman :)

ok..y ni saje u harini..jumpa lagi

Assalamualaikum :)


p/s pray for gaza and syria

Thursday, 21 March 2013

jangan terlalu cepat..!!


Assalamualaikum..


ok, tak nak panjang2, cuma nak kongsi dan pesan pada setiap muslim yang, kita sebagai manusia ni jangan terlalu cepat nak mengata dan mengeji seseorang tu tanpa memikirkan perasaan orang lain..apa yang dirisaukan ialah, cara mengata tu kononnya dalam bentuk nasihat tapi sebenarnya adalah tujuan nak mengata individu lain..dan tanpa sedar, individu itu dah berkecil hati dengan apa yang diucapkan..

sebagai manusia, janganlah terus judge seseorang tu tanpa tahu asal usul yang sebenarnya..
tapi apa yang ditakutkan tu bila, perkara yang dikeji tu berbalik semula pada individu yang mengata pada awalnya..
saya dah banyak jumpe perkara macam ni..kira macam karma laa kan? ke tidak..
tapi yang pasti, kita sebagai muslim ni janganlah terlalu mudah mengata, mengeji dan mengumpat manusia lain..tapi tu laa, nama pun manusia kan?memang tak boleh lari dari berbuat salah. begitu juga saya.. 

jadi, marilah kita sama2 berusaha untuk mengubah cara hidup kita, percakapan dan pergaulan dalam usaha untuk menjadi muslim yang terbaik..plus,ini juga adalah peringatan untuk diri saya yang hina ini.. 

INSYA'ALLAH...AMIN..

so itu je untuk hari ni, moga jumpe lagi..konon laa..hehehe
Assalamualaikum..


p/s jangan lupa zikir hari ni, dah kira jumaat ni "Ya Allah..Ya Allah"

Wednesday, 20 March 2013

Bagaimana dengan perempuan tu?

Assalamualaikum...


Ok, dah lama nak tanya dan luahkan pasal ni..
kita semua tau yang jodoh, rezeki, ajal, pertemuan semua di tangan Allah, jadi kita memang tak boleh nak nafikan dan sombong dengan apa yang dah Allah tetapkan tu

Bercakap hal jodoh, seperti yang dah termaktub dalam al-Quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat..tapi apa yang saya runsingkan..kalau perempuan yang baik dari segi akhlak dan pekertinya, sudah pasti menjadi rebutan para jejaka..itu sudah pasti.

Tapi, macam mana pulak dengan gadis dan wanita yang boleh dikatakan rosak akhlaknya? bagaimana dengan nasib mereka? siapa yang akan membimbing mereka? tak kan mereka hendak terus menerus hidup dalam keadaan berdosa, jika tiada bimbingan dari seorang lelaki yang baik yang sudi menerima dia sebagai isteri? mungkin dengan sifat dan perangai mereka membuatkan mereka sukar untuk dijadikan pilihan sebagai seorang isteri oleh seorang lelaki yang baik..tapi tak hairanlah sebab itu juga atas salah mereka, tapi, kenapa gadis dan wanita seperti ini tidak diberikan peluang?mereka juga ingin berubah, tapi, biasalah, manusia, bila nak berubah pasti dicemuh, "kenapa berubah?" kan lebih bagus kalau bertanya "bagaimana berubah?"
Jangan laa kita ni sekali-kali mempertikaikan perubahan seseorang ke arah kebaikan tidak kiralah siapa manusia tersebut.

Tapi pendapat ini tidak bermaksud saya menyokong dengan sifat2 dan perangai2 gadis dan wanita yang boleh dikatakan rosak akhlaknya..mereka hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubah nasib diri mereka daripada hidup terus menerus dalam keadaan yang tidak tenteram dan bergelumang dengan dosa. Hal ini kerana, Allah telah berfirman, bahawa nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kalau kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Ini cuma ape yang saya rasakan, tidak berniat untuk menafikan apa yang sudah ditetapkan, dan mengguris mana2 pihak. yang pasti, hal ini masih membingungkan saya. Dan saya juga bukanlah seorang gadis yang baik yang boleh mengadili seseorang itu, malah saya juga masih berusaha untuk menjadi muslimah yang terbaik yang boleh menjadi kebanggaan kedua ibu bapa saya dan juga agama saya.

Tapi, apa yang penting, setiap muslim itu hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang sejati dan patuh terhadap perintah dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tapi yang pasti, perkara ini sering bermain dalam fikiran saya dan terus menjadi tanda tanya..

Ok, sampai sini saja entry blog kali ni..so before that, saya nak minta maaf jika entry blog saya ni membuatkan sesuatu pihak itu berasa marah dan tersinggung dengan apa yang diluahkan..sekali lagi saya banyak2 minta maaf..


Ta'ruf sesebuah pertemuan



Assalamualaikum..
Sebenarnya saya baru dalam dunia blog2 ni..ye laa..first entry ni..sebelum ni cume baca blog maria elena, fatin liyana, dena bahrin dgn irene nadia. Tengok cara die menulis dalam blog ni mcm best je..so, today adalah harinya, i've made my first entry..yeayy..Alhamdulillah..

Padahal saya ni bukannye kreatif pun,bijak mengarang pun tak , xde bakat menulis pun..tapi tangan ni gatal jugak nk buat blog..entah kenape laa nak buat blog ni. Tapi takpe laa..sedang dalam percubaan, insyaAllah. 
OK, dah melalut, sebenarnya saya buat blog ni untuk share pendapat, cerita ke, experience maybe..? Itu je, tak lebih..ok ;) tapi ape yang penting, kalau diizinkan, saya nak jadikan blog saya ni sebagai medium dakwah. Walhal saya sendiri bukannya arif hal2 agama ni semua, tapi boleh dikatakan juga sebagai sesi menuntut ilmu sebab saya juga pasti akan merujuk dahulu dari reliable sources sebelum nak post entry blog ni kan?so kira sesi pembelajaran jugak laa tu.. 

So, saya sangat2 berharap agar blog ni tidaklah menyinggung mana-mana pihak..ecece..macam laa dah post macam2..over je lebih..ok, kat sini saja laa saya type..i've no idea at all, lagipun, saya memang plan nak buat blog ni pendek2 je..tak suke panjang2.. ok

Sampai berjumpa lagi..jgn lupe,zikir hari ni "ASTAGHFIRULLAH"

Assalamualaikum :)